tag:blogger.com,1999:blog-91917347630171623162024-03-06T03:33:15.188+08:00HIMPUNAN TAZKIRAH DAN KISAH TELADAN"Buah Akal ialah Ilmu Pengetahuan, Buah Jiwa adalah Iman dan Buah Fizikal ialah Kemajuan"Hassan Adli B. Haji Othmanhttp://www.blogger.com/profile/13778369276351714937noreply@blogger.comBlogger300125tag:blogger.com,1999:blog-9191734763017162316.post-48211970089778351852012-07-11T17:32:00.000+08:002012-07-11T17:32:37.725+08:00Mengapa Aktivis Agama Berbeza Sehingga Hampir Berpecah ?

Sebelum
ini saya telah pernah menulis perihal kejinya sangka buruk yang sering
berlingkar di dalam masyarakat. Hari ini saya ingin mengecilkan sedikit
skopnya, bagi menyambung beberapa isi dalam artikel ‘Inginkah Ulama Malaysia seperti Al-Qaradawi’
yang ada menyebut berkenaan pertelingkahan atau perbezaan pandangan di
kalangan graduan agama di tanahair, malah di seantero dunia. Ada mereka
yang bertanya lanjut, justeru ini sebahagian ulasannya.

Tidak
dinafikan ada juga kedapatan jurutera yang bertelagah, namun mungkin
jarang disebabkan ilmu mereka tetapi mereka bertelagah mengenai pangkat,
jawatan, gaji, persaingan dan keputusan di tempat kerja. Ya mereka
mungkin bertelagah disebabkan urusan dunia.

Demikian
doktor, peguam, artitek, akauntan, guru dan sebagainya. Namun
pertelagahan menjadi lebih kelihatan buruk apabila punca yang dizahirkan
adalah bukan dunia tetapi disebabkan ilmu Islam atau akhirat.

Saya
masih baru dalam dunia dakwah, hanya baru berpengalaman menyertainya
sejak 20 tahun lalu. Dalam tempoh itulah saya terjun secara khusus dalam
bidang dakwah, sama ada secara fardiah atau jama’iyyah. Saya mungkin
masih agak mentah berbanding tokoh-tokoh pendakwah lain yang wujud di
Malaysia. Namun begitu saya kira, tempoh itu sewajarnya cukup untuk
memberi saya masa untuk meneliti antara punca pertembungan di kalangan
ilmuan atau graduan agama di Negara kita dan di peringkat antarabangsa.

Sedihnya, jumlah
mereka yang berminat kepada ilmu agama dan yang berkait dengannya
tidaklah ramai, namun dari jumlah yang tidak ramai ini berlaku pula
perselisihan dan pertelingkahan, kutuk mengutuk di antara satu sama lain. Mengapa demikian?

Bayangkan
mungkin jumlah yang berminat dengan agama ini hanya 20-30 % dari
seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam, dari situ terpecah dan
berbalah disebabkan aliran Salafi (digelar wahabi), Khalafi (digelar
Ahbash). Terpecah pula disebabkan politik, dan seterusnya terpecah lagi
disebabkan berlainan wala’ dan bai’ah masing-masing kepada jemaah
Tabligh, ABIM, JIM, IKRAM, ISMA, Tarekat, PAS, Hizb Tahrir dan lainnya.

Justeru, kelihatan semua pihak berlumba-lumba ‘mengejar’ sokongan dan dokongan, adakalanya
SEBAHAGIAN DARI MEREKA menggunakan teknik menghentam pihak yang lain
bagi meyakinkan kumpulannya lebih baik dari yang lain. TIDAK MAMPU lagi
untuk bersangka baik terhadap pihak lain. Asyik tidak yakin dengan
kemampuan pihak lain. Snagka buruk akhirnya didahulukan, cuba menelaah
niat 'tidak ikhlas' orang lain untuk menjustifikasikan tentangan. Perlukah demikian? Banyakkah keuntungan yang diperolehi oleh Islam dan umatnya melalui cara ini?

Bagaimanakah
boleh tertariknya kumpulan majoriti umat Islam yang tidak minat dan
tidak ambil berat urusan agama kepada Islam jika itulah gambaran yang
terlihat berlaku di kalangan mereka yang serius di bidang agama?.

Ketidaksatuan
ini hanya akan lebih memburukkan imej Islam dan muslimin, mengelirukan
sesiapa sahaja yang ingin mula berjinak-jinak dengan Islam. Entahlah,
tidak diketahui siapa yang perlu memulakan proses perdamaian tetapi yang
pasti masing-masing perlu memperbetulkannya bermula dengan diri mereka
sendiri.

CONTOH PERTEMBUNGAN MERUGIKAN BERPUNCA SANGKA BURUK

Saya
ingin mengambil contoh kepada pertembungan tradisi di antara kumpulan
yang dinamakan sebagai salafi dan khalaf, kaum tua dan kaum muda. Secara
ringkasnya, antara punca utama pertembungan adalah banyak bergantung
kepada sangka buruk serta miscommunication di antara mereka atau juga sengaja mengambil kalam pihak lain secara terpotong (out of context). Berikut adalah maksud saya :-

GELARAN BID'AH

1. Sekumpulan
ilmuan yang digelar salafi atau wahabi sering ‘membelasah’ amalan
tradisi yang diamalkan oleh ilmuan tempatan dengan nama bid’ah.

SOALAN
: Mengapa sebahagian besar ilmuan tradisi melenting apabila amalan yang
diiktiraf dan diamalkan oleh mereka dilabel sebagai bid’ah?

JAWAPAN
: Kerana majoriti ilmuan salafi telah berusaha sedaya upaya untuk
mem’package’ kan bahawa amalan bida’ah itu adalah satu dosa besar.
Sebahagiannya menggambarkan bid’ah itu sebagai dosa kedua besar selepas
syirik. Selain itu, bid’ah juga digambarkan pula oleh sebahagiannya
pelaku bid’ah akan ke neraka disebabkan kerana amalan itu.

AKIBAT
: Kumpulan ilmuan tradisi tentulah marah dan merasa diserang,
kebijaksanan dan keilmuan mereka dicabar secara ‘keras’ akibat dilabel
sebagai pelaku bid’ah. Mereka merasa di ‘jahil’kan oleh kumpulan tadi.
Lantaran itu mereka membalas dan sebahagiannya mempertahankan diri.

PUNCA
: Sangka buruk ilmuan salafi atau yang digelar ‘wahabi’ bahawa
kandungan ilmu, takwil dan takrifan yang dipegang oleh mereka adalah yang paling tepat. Justeru setiap takrif yang tidak bertepatan dengan mereka adalah salah dan sudah tentulah bid’ah.

SEPATUTNYA : Ada beberapa perkara yang sepatutnya iaitu:-

Kedua-dua pihak secara adil dan tenang mengenalpasti isu yang diperbezakan pandangan adalah terdiri dari isu qat’ie atau zanni thubut dan dalalahnya.
Jika ia bukan dari isu yang Qat’ie, saya yakin sepatutnya kedua-duanya
sewajarnya tahu dan faham bahawa dalam sebarang hukum dan isu yang tidak
disandarkan oleh dalil qati’e thubut dan dalalah,
mana-mana pihak tidaklah boleh secara putus atau muktamad meyakini pihak
lain sebagai salah dan dirinya sebagai wajib betul secara 100 %.

Tidak salah merasakan diri berpegang dengan pandangan yang betul lagi tepat, tetapi yang salah adalah seolah-olah sudah confirm pandangan lain adalah tersasar lalu menafi dan meremehkannya dengan cara yang keras atau penuh sindiran.

Di hari akhir pengajian bersama Syeikhuna Al-Imam Dr Yusuf Al-Qaradawi di Qatar baru-baru ini, beliau menjelaskan, proses tarjih
(berijtihad) untuk menentukan pandangan yang paling tepat dan lebih
kukuh boleh dilakukan. Selepas itu wajib pula ke atas pihak yang telah
memilih untuk beramal dengan pilihannya. Namun ia tidak sekali boleh memburukan (taqbih al-mukhalifin) amalan dan pilihan pihak lain.

Apa
yang patut dilakukan sepatutnya adalah menerangkan kepada masyarakat
akan mengapa pandangan yang dipegang olehnya lebih kukuh dari pelbagai
sudut, tanpa perlu dilekehkan hujah dan pilihan pihak lain. Tindakan itu
hanyalah sebagai salah satu tanggungjawabnya selaku ahli ilmu yang
inginkan orang ramai mengikuti pandangan yang lebih kukuh pada hematnya.
Tapi jangan sekali usaha itu dicemari dengan kutukan terhadap ilmuan
yang berbeza pandangan dengannya.

Apabila tindakan memperlekeh, menghina, mengutuk dan membid’ahkan ini dilakukan, ia tidak lain hanya menaikkan amarah ilmuan yang berbeza ijtihad
dengannya. Kita harus faham, masing-masing ilmuan mempunyai hak untuk
berusaha mencari jalan terbaik untuk mencapai redha Allah swt dan hampir
kepada Rasulullah saw.

Alangkah baiknya, jika
kita semua berlapang dada dan bersangka baik terlebih dahulu terhadap
usaha ilmuan beraliran lain dari kita. Malangnya sangka buruk sering
didahulukan, rasa ujub sering menyelubungi diri merasa diri lebih hebat
dan bijak serta alim dari pihak lain. Malah, tergambar dibenaknya
pihak ilmuan lain itu sengaja mengamalkan pandangan lemah kerana
inginkan sesuatu dari dunia yang murah ini, sengaja ingin menyesatkan
manusia dan membiarkan manusia ke neraka bersamanya!.

Saya
amat berharap kita boleh bersangka baik, tiada siapa yang waras dan
berilmu sengaja inginkan dirinya sesat, menyesatkan orang lain dan
membawa mereka ke neraka.

GELARAN WAHHABI

SOALAN 2 : Mengapa
kumpulan ilmuan yang menisbahkan diri mereka kepada manhaj salafi ini
MELENTING, TIDAK PUAS HATI apabila ilmuan tradisional (Khalaf) menyerang
mereka dengan gelaran Wahhabi?

JAWAPAN : Kerana ilmuan khalaf ini telah berusaha sejak sekian lama mem ‘package’ nama wahhabi sebagai ajaran sesat, mujassimah (menyatakan Allah ada jasad dan jisim) dan terkeluar dari ahli sunnah wal jama’ah.

AKIBAT:
Sebahagian besar ilmuan dari aliran ini melenting dan tidak selesa
dengan gelaran tersebut kerana seolah mereka memperjuangkan ajaran sesat
dan adakalanya ada yang menuduh mereka sebagai kafir.

PUNCA : Memotong ayat dan sangka buruk yang bersarang dalam diri sebahagian pembenci wahhabi. Bayangkan, tidaklah saya faham mengapa kumpulan yang digelar Wahhabi ini boleh digelar sebagai mujassimah, padahal hanya orang bodoh dan terencat aqal sahaja yang akan berani mentajsimkan Allah dan menyamakannya dengan makhluk.

Masakan
tidak, jika dirujuk kepada penulisan, ucapan dan sumber kedua-dua
ilmuan aliran sama ada khalaf (tradisional) dan salaf, AMAT JELAS KEDUA-DUA MEREKA berpegang teguh kepada firman Allah :-

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Ertinya : Tiadalah yang menyerupai Allah dengan sesuatu apapun (dari kalangan makhluknya) ( Surah Al-Shura :11)

Nah,
justeru dari mana datangnya salah satu antara dua aliran ini yang
mengatakan Allah ada mata, tangan, kaki, kepala yang berjisim dan
menyerupai manusia atau mana-mana mahkluk lain?.

Hakikat
sebenarnya, apabila kita merujuk kepada sumber kedua-dua kumpulan akan
kita dapati bahawa ulama kumpulan Salafi berijtihad mengatakan tiada
takwilan pada setiap perkataan yang Allah menyifatkan dirinya, justeru
apabila Allah mengatakannya

“Tangan Allah berada di atas mereka” (Surah Al-Fath : 10)

Kumpulan salafi ini berkata, ini bermakna Allah ada mempunyai tangan, namun sifat tangan itu tidak sama dengan manusia dan makhluk dan jangan ditanya perinciannya. Itulah ijtihad ulama bermanhaj salafi.

Namun
ada kumpulan yang sengaja mencari salah, lalu ‘memotong’ ijtihad di
atas dari boleh diterima kepada suatu kesalahan. Mereka mewarwarkan
perkataan yang saya gariskan dan memotong huraian yang sepatutnya, lalu
kelihatanlah kumpulan manhaj salafi ini mengatakan Allah punyai tangan
macam manusia dan berjisim. Lalu mereka berusaha mensabitkan bahawa
pihak lain ini mentajsimkan Allah.

Begitulah
satu contoh bagaimana hal ini berlaku, sama ada ia disengajakan atau
tidak. Wallahu’alam. Jika mahu fahamkan lagi bentuk memotong konteks dan
mengambil kata bukan yang dimaksudkan ini, bolehlah dibaca lanjut
tulisan sahabat saya, Al-fadhil Ustaz Hasrizal DI SINI.

Memang
benar, terdapat kemungkinan seseorang penulis itu sememangnya bermaksud
sedemikian dan mentajsimkan Allah. Tapi mengapakah mungkin kita
memasukkan penulis itu dalam mana-mana kumpulan?. Adalah lebih wajar,
kesalahan penulis itu dibebankan kepada dirinya sendiri dan bukan
mana-mana kumpulan, kerana tiada siapa yang boleh mendakwa diri dan
pandangannya mewakili aliran Wahabi.

SEPATUTNYA : JANGAN MUDAH BEBANKAN KESALAHAN ‘SESAT’, ‘BID’AH, APATAH LAGI KAFIR

Jika
kita boleh belajar dari arahan Nabi s.a.w agar berhati-hati dalam bab
hudud, iaitu menjatuhkan kesalahan terhadap tertuduh dalam jenayah yang
melibatkan hudud, nescaya saya yakin semua kita sepatutnya lebih
berhati-hati untuk melabelkan seseorang sebagai:

Wahabi yang disifatkan sebagai terkeluar dari ahli sunnah wal jama’ah dan sesat

Ahbash
yang disifatkan sebagai ahli bid’ah yang berlagak soleh tetapi
digambarkan mereka jika berterusan dalam amalan mereka lalu akan ke
neraka.

Menghina nabi kerana mengggunakan hadis dhoif.

Khawarij hanya kerana terdapat pandangan dan tindakannya yang membangkang pihak pemerintah secara terbuka.

Ahli bid’ah kerana berzikir beramai-ramai dengan satu nada dan sebagainya.

Menjadi
wahabi yang sesat dan tajsim Allah, hanya kerana ketika solat
mengangkang kaki lebih dari biasa, tangan di atas dada atau
menggoyangkan jari.

Bermazhab Zahiri hanya kerana terdapat beberapa tulisan dan pandangannya yang cenderung kepada mazhab terbabit.

Syiah yang disifatkan sebagai kafir dan sesat hanya kerana terdapat luahan kecintaannya kepada ahli al-bayt.

Sahabat-sahabat yang dikasihi, Rasulullah bersabda :

ادرؤوا الحدود عن المسلمين ما استطعتم فإن كان له مخرج فخلوا سبيله , فإن الإمام أن يخطئ في العفو خير من أن يخطئ في العقوبة

Ertinya
: Tolaklah (wahai hakim) pensabitan hukum hudud dari muslimin selagi
kamu mampu, sekiranya di sana terdapat jalan keluar maka bebaskanlah
dia, kerana sesungguhnya seorang pemimpin yang tersilap dalam
memberikan kemaafan (tidak jatuh hukuman), LEBIH BAIK dari yang tersilap
(dalam mengenakan hukuman kepada yang tidak bersalah)” (Riwayat Ibn Majah, kitab al-Hudud, no 5004, At-Tirmizi, kitab al-Hudud, no 1424)

Bayangkan tindakan Umar al-Khattab :

أتي عمر رضي الله عنه بامرأة قد حملت فادّعت أنها أكرهت فخلى سبيلها

Ertinya
: Pernah dibawakan kepada Umar Al-Khattab seorang wanita yang
mengandung tanpa nikah, wanita tersebut mendakwa ia dipaksa (dirogol)
maka Umar terus membebaskan wanita terbabit (dari hukuman hudud) (
Riwayat Al-Baihaqi, 8/235)

Imam
Ibn Qudamah pula menjelaskan terdapat yang mentakwilkan wanita tersebut
hamil bukan disebabkan zina dan persetubuhan tetapi adalah disebabkan
dimasukkan mani lelaki tersebut ke dalam kemaluannya. (Al-Mughni, 1/193)

Semuanya
ini sepatutnya memberikan kefahaman kepada para ustaz/ah, ilmuan dan
graduan agama agar jangan tergesa-gesa melabel, men‘cop’ dan menganggap
seseorang yang berbeza pendapat dengannya atau alirannya dalam sesuatu
masalah hukum sebagai wahabi, ahbash, syiah, bid’ah, khawarij,
muktazilah, murjiah dan lain-lain label yang berat lagi boleh membawa
kepada menyesat dan mengkafirkan.

Sedang
dalam masalah yang lebih ringan dari kafir dan sesat iaitu hudud pun
terdapat hadis di atas menasihatkan agar cuba mencari jalan, bersangka
baik dan mentakwilkan apa yang dibaca dan didengari kepada yang lebih
baik, seperti mungkin tersalah tulis, kesilapan penerbit dan editor,
terlanjur kata, tersasul, terlebih emosi tanpa niat dan sebagainya yang
boleh menghalang kita dari tergesa-gesa dari meletak sebarang label.

Malah
label-label ini juga sama sekali tidak adil khususnya jika ia dilakukan
disebabkan beberapa pandangan sahaja. Perlu diingat satu pandangan yang
sama tidak semestinya SESEORANG ITU TERMASUK di dalam package
mana-mana aliran. Banyak sekali kemungkinan bahawa seorang ilmuan itu
hanya mentarjihkan satu pandangan yang mungkin sama dengan aliran yang
‘digelar wahabi’ tetapi dia sama sekali tidak pernah mentajsimkan Allah,
membid’ahkan amalan orang lain dan sebagainya. Namun akibat penyakit
sangka buruk dan busuk hati, terdapat individu lain yang memasukkannya
ke dalam label ‘wahabi’.

Tindakan
itu samalah menuduh seorang yang tidak mentajsimkan Allah, sebagai
melakukannya, bukankah itu akan memburukkan keadaan? hanya menyebabkan
pihak yang dituduh akan kembali menyerang dan akhirnya berlakulah
pertempuran, kutuk mengutuk dari generasi ke satu generasi.

'PACKAGE' SUATU TEKNIK ‘JAHAT’ MENJATUHKAN PIHAK LAIN

Sama
juga dengan individu yang sengaja mengatakan ‘tindakan menyertai
demonstrasi aman’ atau membangkang tindakan dan kesalahan pemimpin
sebagai khawarij. Persoalan wajar atau tidak demonstrasi & teguran
terang-terangan bukan target artikel ini, tetapi saya mengambilnya hanya
sebagai contoh, bagaimana hanya disebabkan seseorang itu menyokong
bantahan terbuka terhadap pemerintah, lalu di cuba dinamakan dan
dilabelkan sebagai khawarij. Sedangkan khawarij itu adalah satu kumpulan
yang menentang pemerintah yang merupakan khalifah dengan jalan
kekerasan atau menggunakan senjata. Khawarij juga mendakwa dosa-dosa
besar menyebabkan kekafiran lalu mengkafirkan pemimpin yang melakukan
dosa besar dan menghalalkan darah mereka. ( Rujuk Fiqh Al-Jihad,
Al-Qaradawi, 1/200 dan 2/1030)

Adakah
mereka yang membangkang ini seperti itu? Saya yakin tidak. Justeru
mengapakah dengan mudah cuba untuk melabel dengan label seburuk Khawarij?

Sedangkan
mungkin sekali mereka yang dilabel itu sama sekali tidak faham seluruh
rukun, polisi dan asas gerakan khawarij yang dikatakan itu. Malangnya
disebabkan sangka buruk dan teknik ‘tidak sihat’ dikalangan sebahagian
ahli agama, setiap kali apabila mereka berbeza pandangan, mereka kerap
mencari nama-nama dan label-label buruk serta diketahui jahat agar boleh
dinisbahkan kepada pihak yang berbeza dengannya. Mungkin harapannya
agar boleh ‘mematikan’ hujah dan sokongan terhadap pihak sebelah sana.

Justeru,
adakalanya kita mendengar gelaran ‘Munafiq’, ‘sama seperti Yahudi’ dan
lain-lain label yang boleh terus memburukkan seseorang ilmuan yang tidak
dipersetujui itu. Inilah juga yang dialami oleh Syeikhuna Dr. Yusuf
Al-Qaradawi, hanya disebabkan satu dua ijtihad beliau yang tidak disukai
oleh sekumpulan pengkaji ilmu, beliau dituduh sebagai ulama kerajaan
(padahal telah dibuang negara dan dipenjara oleh kerajaannya di Mesir),
boneka, munafiq, bekerjasama dengan Yahudi dan Kristian dan lain-lain
tuduhan tidak bertanggungjawab.

Nabi s.a.w bersabda :

سباب المسلم فسوق قتاله كفر

Ertinya
: Mencela orang muslim itu suatu kefasiqan, dan membunuhnya adalah
kufur ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim dari Ibn Mas’ud)

Biasanya,
tindakan label melabel ini biasanya adalah hasil dari niat dan hati
tidak baik pihak yang melabel kerana mahu segera mematikan kredibiliti
mereka yang tidak sama fikiran dan pendapat dengannya. Agar orang
awam terus boleh menjauhi mereka dan pandangan mereka sama sekali.
Akhirnya ustaz-ustaz terus bertelagah dan orang awam berterusan keliru.

Sebahagian orang awam menjauhkan diri dan sebahagian yang lain mengambil keputusan untuk turut serta menyokong ustaz mereka.

Malanglah
kita mempunyai keadaan graduan agama yang sebegini. Kali ini gejala
negatif ini bukan hanya berlaku di kalangan graduan agama yang kurang
cemerlang di universiti malah yang juga cemerlang. Tetapi mungkin
terlalu hairan dengan kealiman sendiri dan terburu-buru, tidak
memikirkan cara pelaksanaan dan ajakan kepada sunnah.

TERGESA-GESA INGIN MEMBAWA PERUBAHAN

Memang benar, sunnah itu jelas tetapi cara ajakan itu adalah terdiri dari hukum-hukum mutaghaiyyirat
dan perlu mengambil kira keadaan dan kesediaan orang ramai. Mengajar
orang ramai dan awam secara tergesa-gesa tanpa proses lunak dan tadarruj
hanya mencipta orang awam yang keliru dan merasa layak untuk berfatwa
sendiri, merujuk ayat dan hadis secara sendirian, lalu semakin mudahlah
dia tersesat jalan.

Lihat
bagaimana Rasulullah membatalkan hasrat baginda untuk mengubah binaan
Ka’abah kepada asas yang didirikan oleh Nabi Ismail a.s disebabkan
melihat umat Islam di ketika itu belum bersedia untuk Ka’abah
diperlakukan sedemikian. Rasulullah bersabda kepada Aisyah :

لو لا أن قومك حديثو عهد بشرك لبنيت الكعبة على قواعد إبراهيم

Ertinya
: Sekiranya tidaklah kaummu itu baru-baru sahaja (keluar) dari zaman
syirik (menyembah berhala) nescaya sudah tentu akan ku bina semula
Kaabah di atas binaan asal nabi Ibrahim ( Al-Bukhari & Muslim)

Demikian
juga lunaknya baginda nabi s.a.w. ketika baginda menegur seorang
sahabat bernama Mu’awiyah Al-Hakam yang bercakap di dalam solat,
Muawayiah menceritakan walaupun sahabat-sahabat lain marah-marah dan
membuat pelbagai isyarat keras kepadanya, namun sesudah solatnya,
baginda hanya menerangkan kepadanya tanpa menyakitinya, memukulnya atau
mencelanya, baginda bersabda

إن هذه الصلاة لا يصلح فيها شيء من كلام الناس , إنما هو التسبيح والتكبير وقراءة القرآن

Ertinya : Sesungguhnya ini adalah solat, dan tidak boleh didalamnya kecuali tasbih takbir dan bacaan al-Quran” ( Riwayat Muslim)

KESIMPULAN

Sebenarnya
banyak lagi hasil pemerhatian yang ingin dikongsikan, cuma cukuplah
sekadar itu buat dahulu masa ini. Itupun belum tentu ingin dibaca oleh
graduan-graduan agama yang asyik bertelagah ini, mungkin disebabkan saya
bukan dari aliran mereka, malah saya bukan dari mana-mana aliran.
Salafi tidak memasukkan saya sebagai manhaj salafi, khalaf juga menolak
saya dari kalangan mereka.

Atau dalam bahasa mudahnya:

“Pendokong
Wahhabi tidak menganggap saya dari kalangan mereka kerana saya tidak
membid’ahkan amalan orang lain, pendokong khalaf juga tidak menganggap
saya dari kalangan mereka kerana tidak membantai Wahhabi.”

Atau mereka bakal menolak tulisan ini kerana saya bukan graduan dari universiti yang mereka hormati..

Sebab
itulah saya menyatakan kita perlukan seorang graduan cemerlang dari
pelbagai universiti dan Negara sebagaimana yang disebutkan di dalam artikel sebelum ini. Semoga beliau kelak mampu meredakan pertelingkahan merugikan ini.

Lebih
menyedihkan, sehingga sampai satu tahap kebencian di antara mereka ini,
ada yang cuba memalukan antara satu sama lain memalukan dengan mencela
kelulusan agama, wajah, tubuh, dan cuba pula memalukan keluarga pihak
yang dibenci itu. Adakah ini merupakan amalan sunnah dan boleh
menghampirkan diri kepada Allah?

Paling menyedihakan, sudah sampai satu tahap dimana perpecahan
ini mengakibatkan satu pihak mengharapkan kematian pihak yang tidak
sependapat dengannya atau bergembira dengan kematian individu tidak
sependapat dengannya (jika berlaku).

Seringkali
saya cuba mengingatkan diri dan sahabat-sahabat awam yang mula berjinak
dengan mana-mana kumpulan dan aliran agar segera sedar tipu daya
Syaitan ini. Syaitan sedang cuba membelit kita, kononnya
berjuang untuk kesucian agama dan sunnahnya tetapi rupanya terpedaya
dengan syaitan sehingga menggadaikan larangan qati’e yang ditegah oleh
Allah dan rasulNya iaitu sangka buruk, mengadu domba, merendah dan
memperlekeh manusia serta mengumpat dan mencela orang lain. Sedang isu yang diperjuangkan 90 % antaranya adalah hanya isu yang bersifat zanni.

Berterusan sebahagian dari mereka melanggar larangan qat’ie kerana memperjuang arahan yang bersifat zanni?

Saya
akui, saya sendiri mungkin tidak terlepas dari apa-apa inti yang
disebutkan di atas dan dengan itu saya memohon keampunan serta
beristighfar kepada Allah swt atas kelemahan-kelemahan diri. Sentiasa
berusaha ke arah kesatuan dan sikap hormat menghormati yang lebih
positif.

Saya
memohon kemaafan jika sebahagian bahasa dalam tulisan ini menyinggung
sesiapa dan aliran yang mereka dokongi tanpa hikmah. Tujuan dan harapan
saya hanyalah untuk melihat sebuah kesatuan dan toleransi di kalangan
ahli agama dalam bab yang cabang atau usul yang zanni serta bersepadu
dalam membanteras yang sepakat salahnya sama ada isu cabang atau usul.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

18 Feb 2011
Hassan Adli B. Haji Othmanhttp://www.blogger.com/profile/13778369276351714937noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-9191734763017162316.post-36827168936476488232012-07-05T15:54:00.000+08:002012-07-05T15:54:14.532+08:00Anak kita, Tanggungjawab Kita

Sebelum anda terus membaca buku ini, cuba gambarkan wajah
setiap seorang dari anak-anak anda. Kemudian anda tanyakan diri anda;
Berapa orangkah dari mereka yang anda rasa dapat menyelamatkan anda di
akhirat nanti? Berapa orangkah yang akan mendoakan anda apabila anda
mati kelak? Berapa orangkah yang akan meminpin tangan anda untuk masuk
ke syurga?

Anak-anak kita adalah simpanan berharga
untuk kita di akhirat. Apabila tibanya saat kematian kita di mana segala
pahala dari amalan kita terputus, merekalah yang dapat kita harapkan
untuk menyambung pahala kita dan mendoakan kesejahteraan kita di alam
kubur dan memohon keampunan Allah untuk kita. Sabda Rasulullah s.a.w.;

إذَا
مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ:
إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ
صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
“Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu:
Sedekah jariah
Ilmu yang diambil manfaat dengannya
Anak yang soleh yang mendoakan untuknya”.
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Setiap
dari kita wajib menjaga dan mendidik anak-anak kita supaya menjadi anak
yang soleh. Anak kita adalah tanggungjawab kita. Anak-anak bukan
sekadar anugerah Allah kepada kita, tetapi yang lebih besar dari itu
mereka merupakan amanah yang dipikulkan Allah ke atas bahu kita. Allah
ingin menguji kita; adakah kita bersungguh-sungguh menjaga dan mendidik
mereka atau tidak?

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah
kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu
mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui. Dan
ketahuilah bahawa harta-benda kamu dan anak-anak kamu adalah ujian (bagi
kamu), dan sesungguhnya Allah di sisiNya pahala yang besar”. (al-Anfal:
27-28)

Di dalam al-Quran Allah memerintahkan kita
agar memelihara diri kita dan juga ahli keluarga kita (yakni isteri dan
anak-anak kita) dari api neraka. Allah berfirman;

“Wahai
orang-orang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api
neraka yang bahan bakarnya terdiri dari manusia dan batu…”. (at-Tahrim:
6)

Dalam menghuraikan maksud memelihara keluarga dari api neraka,
Saidina Ali berkata; yakni “kamu didiklah mereka serta ajarlah mereka”.
Berkata Imam Qatadah; ‘yakni kamu menyuruh mereka supaya mentaati Allah
dan menegah mereka dari memaksiatiNya serta kamu melaksanakan
tanggungjawab kamu terhadap mereka dengan agama Allah, kamu
memerintahkan mereka dengannya dan membantu mereka untuk
melaksanakannya. Apabila kamu melihat mereka melakukan maksiat, tegahlah
mereka”. Menurut Imam Muqatil; “Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap
lelaki muslim untuk mengajar ahli-ahli keluarganya (isteri dan
anak-anaknya) apa yang difardhukan Allah ke atas mereka dan apa yang
ditegah Allah dari mereka”. (Rujuk: Tafsir Ibu Kathir)

Apa makna anak soleh?

Anak
yang soleh bukan sahaja anak yang bersopan-santun dan taat kepada
ibu-bapa sebagaimana yang disangka oleh kebanyakan kita, tetapi yang
lebih utama dari itu ialah anak yang menjaga agamanya. Anak yang soleh
ialah anak yang ta’at kepada Allah, yang tahu kewajipannya sebagai hamba
Allah dan tahu tanggungjawabnya kepada agamanya. Apabila seorang anak
dididik dengan taat kepada Allah dan patuh kepada suruhan agama,
Insya’Allah anak itu secara otomatik akan taat kepada ibu-bapanya dan
akan menjaga akhlaknya di mana-mana sahaja ia berada.

Bagaimana mendidik anak menjadi soleh?

Tidak ada cara mendidik anak yang paling baik dan paling
berkesan melainkan dengan cara didikan Islam. Langkah pertama ke arah
didikan anak yang sempurna ialah keazaman ibu-bapa itu sendiri untuk
kembali menghayati Islam dan menghidupkan Biah Islamiyyah (yakni suasana
keislaman) di dalam keluarga dan rumah. Hanya anak yang hidup di dalam
suasana keislaman yang dapat menghayati Islam dan seterusnya berjaya
dibentuk menjadi anak yang soleh.

“Wahai orang-orang beriman!
Sahut dan sambutlah seruan Allah dan RasulNya apabila Ia menyeru kamu
kepada perkara-perkara yang akan menjadikan kamu hidup sempurna”.
(al-Anfal: 24)

Seterusnya di bawah ini kita bentangkan perkara-perkara yang mesti kita lakukan untuk melahirkan anak-anak yang soleh;

1. Didiklah anak-anak kita mengenali Allah

Kita selalu mendengar ungkapan dari para ulama’ yang menyebutkan;

أَوَّلُ الدِّيْنِ مَعْرِفَةُ اللهِ
“Asas agama ialah mengenal Allah”.

Perkara pertama yang wajib kita ajarkan kepada anak-anak
kita ialah kalimah Syahadah (لا إله إلا الله، محمد رسول الله). Mengajar
kalimah Syahadah bukan hanya mengajar menutur atau mengucapkannya sahaja
sebagaimana yang dilakukan oleh kebanyakan orang hari ini, tetapi juga
mengajar apa pengertian kalimah tersebut?, apa yang tuntut olehnya? dan
apa perkara-perkara yang bertentangan dengan kalimah tersebut yang mesti
dijauhi dari melakukannya?.

Kita perlu memberitahu
anak-anak kita –dari semasa ke semasa- bahawa dengan mengucapkan kalimah
tersebut mereka telah mengisytiharkan diri mereka beriman kepada Allah.
Oleh demikian, mereka wajib mentaati Allah pada setiap ketika dan dalam
setiap gerak-geri serta tingkah-laku mereka. Pada masa yang sama,
mereka wajib menolak segala yang bertentangan dengan kehendak Allah sama
ada yang berupa agama (yang lain dari Islam), fahaman, ideologi,
budaya, gaya hidup, tingkah-laku, peraturan, undang-undang dan
sebagainya. Inilah tuntutan kalimah Syahadah yang dapat kita fahami dari
firman Allah:

“Dan sesiapa mengingkari taghut dan beriman kepada
Allah, maka sesungguhnya ia berpegang dengan simpulan yang teguh, yang
tidak akan putus selama-lamanya. Dan Allah maha mendengar lagi maha
mengetahui”. (al-Baqarah: 256)

Menurut Imam Sa’id bin
Jubair dan Imam ad-Dhahhak; yang dimaksudkan dengan ‘simpulan yang
teguh’ (العروة الوثقى) dalam ayat di atas ialah kalimah “لا إله إلا
الله”. Adapun thagut, maknanya ialah ‘segala yang menyesatkan manusia’
sama ada Iblis, Syaitan dan sebagainya.

2. Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain

Rasulullah s.a.w. sendiri telah berpesan kepada kita supaya
mengambil berat perihal solat anak-anak kita, di mana baginda bersabda;

مُرُوْا
أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاْءُ سَبْعِ سِنِيْنَ،
وَاضْرِبُوْهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاْءُ عَشْرِ سِنِيْنَ
“Suruhlah
anak kamu mengerjakan solat apabila ia telah berumur tujuh tahun dan
pukullah mereka jika enggan mengerjakan solat sedangkan mereka telah
berumur sepuluh tahun”. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim dari
Abdullah bin Amru r.a.)

Solat adalah tiang agama. Menunaikan
solat beerti menegakkan agama dan meninggalkannya beerti mengabaikan
agama. Dalam pendidikan, solat mempunyai rahsia didikan yang amat hebat
kepada anak-anak kita. Di samping mendidik anak-anak kita agar sentiasa
ingat kepada Allah, solat menjadi benteng kepada mereka dari keruntuhan
ahklak dan gejala social. Ini melihat kepada kekuatan yang ada pada
solat dalam mencegah manusia dari melakukan dosa dan munkar sebagaimana
yang ditegaskan oleh Allah sendiri;

“Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan munkar”. (al-Ankabut: 45)

Adalah mustahil jika kita hendak mengekori anak-anak kita ke
mana saja mereka pergi untuk memastikan mereka berbuat baik di
mana-mana sahaja mereka berada. Namun jika kita berjaya mendidik anak
kita dengan solat sehingga solat itu melekat dalam jiwa mereka, yakinlah
bahawa sekalipun tanpa kehadiran kita, mereka akan tetap istiqamah
dengan kebaikan kerana solat akan membenteng mereka dari melakukan
kejahatan dan maksiat.

Selain dari solat, kita juga
wajib mengasuh mereka menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain seperti
puasa, zakat, haji dan sebagainya.

3. Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita?

Menuntut ilmu agama diwajibkan oleh Allah ke atas setiap
orang Islam sama ada lelaki atau perempuan. Sabda Rasulullah s.a.w:

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ
“Menuntut
ilmu (agama) adalah fardhu ke atas setiap orang Islam”. (Riwayat Imam
al-Baihaqi dan at-Thabrani dari Anas r.a. dan al-Hasan bin Ali r.a.)

Bagi
anak-anak, tanggungjawab mengajar ilmu agama kepada mereka asalnya
adalah kewajipan ibu-bapa. Namun jika ibu-bapa tidak mampu mengajar
sendiri anak-anak mereka, mereka wajib mencari seorang guru/ustaz yang
dapat mengajar anak-anak mereka segala hal yang wajib diketahui tentang
agama merangkumi;
a) Ilmu aqidah
b) Ilmu Ibadah
c) Ilmu halal dan haram (dalam makanan, percakapan, tindakan, pergaulan dan sebagainya)
d) Ilmu tentang hati dan rohani
e) Ilmu tentang kewajipan sebagai seorang muslim
f) Ilmu untuk membaca al-Quran
g) Ilmu tentang adab-adab sebagai seorang muslim

Kita
melihat hari ini ramai ibu-bapa mengabaikan pengajian ilmu agama kepada
anak-anak mereka. Mereka lebih menekankan ilmu-ilmu duniawi seperti
sains, matematik dan sebagainya. Mereka sanggup menghabiskan wang yang
banyak bagi memastikan anak-anak mereka lulus dengan cemerlang dalam
ilmu-ilmu tersebut. Namun ilmu agama mereka abaikan. Mereka tidak pernah
risau anak-anak mereka jahil tentang agama asalkan pandai ilmu-ilmu
lainnya. Kerana itu tidak hairanlah jika kita dapati hari ini ramai
anak-anak orang Islam yang semakin liar dari agama; meninggalkan solat,
tidak tahu membaca al-Quran, tidak menutup aurat dan mudah terjebak
dengan maksiat dan munkar. Semua gejala ini puncanya tidak lain dari
pengabaian terhadap didikan agama oleh ibu-bapa.

4. Hidupkan dalam rumah kita Biah Islamiyyah (suasana keislaman)

Anak-anak memerlukan qudwah (yakni contoh/tauladan) untuk
menjadi anak-anak yang soleh. Qudwah ini seharusnya bermula dari
ibu-bapa dan juga suasana di rumah. Biah atau suasana di rumah
mempunyai peranan yang besar dalam membentuk anak-anak. Oleh demikian,
suasana keislaman di dalam rumah hendaklah dihidupkan. Pada masa yang
sama, elakkanlah sebarang bentuk maksiat dan munkar dari rumah kita.
Selain itu, menghidupkan sunah Nabi di dalam rumah juga memberi kesan
besar dalam mewujudkan biah/suasasa keislaman di dalam rumah. Antara
sunnah Nabi s.a.w. yang perlu kita praktikkan di rumah ialah;

a) Membaca al-Quran di rumah

Seboleh-bolehnya, ibu-bapa hendaklah menunjukkan minat
mereka terhadap al-Quran dengan selalu membacanya di rumah di hadapan
anak-anak mereka. Dalam satu hadis, Rasulullah mengibaratkan rumah yang
tidak dibacakan al-Quran di dalamnya umpama kubur-kubur. Abu Hurairah
r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;

لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فيه سُورَةُ الْبَقَرَةِ
“Jangan
kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur. Sesungguhnya syaitan
melarikan diri dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah”.
(Riwayat Imam Muslim)

Bagi ibu-bapa yang tidak berkesempatan
membaca al-Quran di rumah atau tidak berkemampuan membacanya, maka
sebagai alternatif lain untuk menghidupkan suasana al-Quran di rumah
ialah dengan memutarkan kaset-kaset atau cd-cd al-Quran di dalam rumah
pada setiap hari terutamanya di waktu pagi dan pada masa anak-anak
berhimpun di rumah.

b) Mengerjakan solat-solat sunat di rumah

Sabda Rasulullah s.a.w.;

صَلُّوْا أَيُّهَا النَّاسُ فِيْ بُيُوْتِكُمْ؛ فَإِنَّ أَفْضَلَ الصَّلاةِ صَلاَةُ المَرْءِ فِيْ بَيْتِهِ إِلاَّ المَكْتُوْبَةَ
“Kerjakanlah
solat –wahai manusia- di rumah-rumah kamu. Sesungguhnya solat yang
paling afdhal ialah seseorang mengerjakan solat di rumahnya kecuali
solat yang fardhu”. (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Zaid bin Thabit
r.a.)

Dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w.
bersabda; “Kerjakanlah sebahagian solat kamu dirumah kamu. Janganlah
kamu jadikan rumah-rumah kamu ibarat kubur”. (Riwayat Imam Muslim dari
Jabir r.a.)

Antara solat sunat yang digalakkan untuk
dikerjakan di rumah ialah solat dhuha, solat tahajjud, solat hajat,
solat taubat, solat tasbih, solat witir, solat sunat yang mengiringi
solat fardhu dan sebagainya. Ibu-bapa yang selalu mengerjakan
solat-solat sunat di rumah akan memberi qudwah kepada anak-anak dalam
menanamkan sikap suka beribadah dan meningkatkan kesedaran rohani
mereka.

Lebih baik lagi jika anak-anak turut diajak bersama-sama
mengerjakan ibadah-ibadah tersebut. Adalah harus –sebagai latihan- pada
selang-selang waktu tertentu solat-solat sunat tersebut (khususnya solat
malam atau qiyamullail) dilakukan secara berjamaah bersama ahli
keluarga dengan diimankan sendiri oleh bapa sebagai ketua keluarga.
Sabda Rasulullah s.a.w.:

إذا أيْقَظَ الرَّجُلُ أَهْلَهُ مِنَ
اللَّيْلِ فَصَلَّيَا ـ أَوْ صَلَّى ـ رَكعَتينِ جَمِيعاً كُتِبَا في
الذَّاكِرِينَ اللّه كَثِيراً وَالذَّاكِرَاتِ
“Jika seorang lelaki
mengejutkan ahli keluarganya pada waktu malam, lalu mereka mengerjakan
solat dua rakaat bersama-sama, nescaya mereka berdua akan
ditulis/disenaraikan di kalangan lelaki-lelaki yang banyak berzikir dan
perempuan-perempuan yang banyak berzikir”. (Riwayat Imam Abu Daud dari
Abi Said r.a.)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah
s.a.w. bersabda; “Allah mengasihi seorang lelaki yang bangun menunaikan
solat malam, kemudian ia mengejutkan isterinya…Begitu juga, Allah
mengasihi seorang perempuan yang bangun menunaikan solat malam, kemudian
ia mengejutkan suaminya…”. (Riwayat Abu Daud dari Abu Hurairah r.a.)

c) Hidupkan budaya memberi salam

Anas r.a. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya;

يا بُنَيَّ إذَا دَخَلْتَ على أهْلِكَ فَسَلِّمْ تَكُنْ بَرَكَةً عَلَيْكَ وعلى أهْلِ بَيْتِكَ
“Wahai
anakku! Jika kamu masuk menemui ahli keluargamu (di rumah kamu) maka
berilah salam kepada mereka, nescaya akan dilimpahi keberkatan ke atas
kamu serta ahli rumah kamu”. (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Anas r.a.)

Memberi salam bermakna kita mendoakan keselamatan dan
kesejahteraan kepada orang yang kita ucapkan salam kepadanya. Apabila
ibu-bapa mengucapkan salam kepada anak-anak mereka (tatkala baru sampai
di rumah atau tatkala ingin keluar dari rumah atau ingin berpisah dengan
mereka) maka ia telah mendoakan keselamatan dan kesejahteraan untuk
mereka. Apabila mereka menjawabnya, maka mereka mendoakan pula
keselamatan dan kesejahteraan untuk bapa atau ibu mereka. Fenomena
saling doa-mendoakan ini pastinya akan mewujudkan suasana harmoni dan
kasih-sayang di dalam keluarga.

Rasulullah s.a.w.
pernah bertanya para sahabat baginda; “Mahukah aku tunjukkan kepada kamu
suatu amalan yang jika kamu lakukan nescaya kamu akan saling
berkasih-sayang?”. Jawab mereka; “Ya”. Lalu baginda bersabda;

أفْشُوا السَّلامَ بَيْنَكُمْ
“Hidupkan budaya memberi salam antara sesama kamu”.
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

d) Praktikkan adab-adab Islam di dalam rumah.

Antara adab-adab Islam yang perlu dipraktikkan oleh ibu-bapa
serta ahli keluarga di rumah ialah adab ketika makan, adab ketika masuk
dan keluar tandas, adab berpakaian, adab anak-anak ketika hendak masuk
ke bilik ibu-bapa (terutamanya apabila anak-anak telah mumayyiz), adab
keluar dan masuk rumah, adab tidur dan bangun dari tidur dan sebagainya.
Adab-adab ini amat penting kerana ia melibatkan amalan dan rutin harian
yang boleh memberi contoh berkesan kepada anak-anak dalam meningkatkan
roh keislaman mereka.

5. Dekatkan anak-anak kita dengan masjid, mushalla atau surau

Dalam hal ini, terdapat hadis Rasulullah s.a.w. menyebutkan;

إِذَا رَأَيْتُمُ الرَّجُلَ يَعْتَاْدُ الْمَسَاْجِدَ فَاشْهِدُوْا لَهُ بِالإِْيْمَاْنِ
“Jika
kamu lihat seorang lelaki selalu berulang-alik ke masjid, maka
saksikanlah untuknya dengan iman (yakni akuilah bahawa ia sememangnya
seorang yang benar beriman)”. (Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi dan Ibnu
Majah dari Abi Sa’id r.a.)

Masjid adalah rumah Allah.
Orang yang hatinya terikat dengan masjid menunjukkan bahawa jiwanya
dekat dengan Allah. Alangkah bertuahnya kita jika anak-anak kita
memiliki hati dan jiwa sedemikian. Oleh itu, perlulah kita berusaha
bersungguh-sungguh mendekatkan anak-anak kita dengan masjid, atau
sekurang-kurangnya surau atau mushalla. Dalam satu hadis, Rasulullah
s.a.w. menceritakan tujuh orang yang akan mendapat perlindungan Allah di
akhirat, antara mereka ialah ‘seorang pemuda yang membesar dalam
ibadah kepada Allah dan seorang lelaki yang hatinya terikat dengan
masjid’. (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abu hurairah r.a.)

6. Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam ke dalam jiwa anak-anak kita

Semangat jihad yang kita maksudkan ialah semangat cintakan
agama dan kesedaran untuk berkorban demi agama. Ramai di kalangan kita
menganggap anak-anak belum tiba masanya untuk didedahkan dengan semangat
jihad kerana mereka masih kecil. Anggapan ini ternyata salah.
Sebenarnya dari kecillah kita perlu tanamkan semangat jihad ke dalam
diri anak-anak kita supaya mereka akan terbiasa dengan semangat ini
sejak awal mereka mengenali dunia dan kehidupan lagi. Lebih-lebih lagi
apa yang disemai ketika kecil akan melekat kukuh dalam jiwa manusia
sebagaimana kata hikmah;

اَلتَّعْلِيْمُ فِي الصِّغَاْرِ كَالنَّقْشِ فِي الْحَجَرِ
‘Pengajaran semasa kecil umpama memahat di atas batu”.

Untuk menyemai semangat jihad dan perjuangan Islam ini,
antara usaha yang perlu kita lakukan ialah dengan menceritakan kepada
anak-anak kita –dari masa ke semasa- sejarah/sirah perjuangan Nabi kita
Muhammad s.a.w. dan juga tokoh-tokoh pejuang Islam terdahulu terdiri
dari para Nabi dan Rasul, para sahabat, para alim-ulama’, para Syuhada’
dan sebagainya.

Amat menyedihkan kita apabila melihat anak-anak
umat Islam hari ini di mana mereka lebih mengenali artis-artis dan
pelakon-pelakon dari mengenali para Nabi dan Rasul, tokoh-tokoh Islam,
ulama’-ulama’ dan para pejuang Islam. Keadaan ini memerlukan usaha
bersungguh-sungguh dari kita sebagai ibu-bapa untuk mengubahnya.

7. Tanamkan kepada anak-anak kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu

Antara perkara yang perlu kita tanamkan sungguh-sungguh ke
dalam jiwa anak-anak kita dalam usaha kita mendidik mereka menjadi
anak-anak yang soleh ialah sikap cintakan ilmu dan sukakan majlis-majlis
ilmu. Dengan adanya semangat cintakan ilmu dan majlis ilmu akan
timbullah keinginan dalam diri anak-anak kita untuk menuntut ilmu agama
secara berterusan hingga ke akhir hayat mereka tanpa had umur atau
batasan waktu.

Jika kita perhatikan majlis-majlis ilmu hari ini,
boleh dikatakan keseluruhan yang hadir ialah golongan dewasa dan juga
orang-orang tua. Di mana anak-anak atau kanak-kanak? Kenapa mereka tidak
dibawa bersama oleh ibu-bapa mereka untuk sama-sama menuntut ilmu?
Demi masa depan anak-anak kita, marilah kita ubah keadaan ini.
Marilah kita bawa bersama anak-anak untuk sama-sama berada di dalam
majlis ilmu yang diibaratkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai taman
syurga. Baginda bersabda;

إذا مَرَرْتُمْ بِرِياضِ الجَنَّةِ فارْتَعُوا. قالُوا: وَمَا رِياضُ الجَنَّةِ يا رَسُولَ اللّه قَاْلَ: مَجَاْلِسُ الْعِلْمِ
“Apabila
kamu berjalan melalui taman syurga, maka singgahlah di situ”. Lalu
sahabat bertanya; “Apa itu taman syurga, ya Rasulullah?”. Jawab
Rasulullah; “Iaitulah majlis-majlis ilmu””. (Riwayat Imam at-Thabrani
dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

8. Perhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan.

Kita tidak boleh mengongkong anak-anak kita dari berkawan.
Namun apa yang kita perlu lakukan ialah memastikan anak-anak kita
memilih kawan-kawan atau teman-teman yang baik supaya ia tidak terjebak
ke dalam kejahatan dan maksiat kerana pengaruh kawan. Hal ini merupakan
pesanan Rasulullah s.a.w. di mana baginda bersabda;

اَلْمَرْءُ عَلَى دِيْنِ خَلِيْلِهِ، فلْيَنْظُرِ امْرؤٌ مَنْ يُخَالِل
“Seseorang
itu berada di atas agama temannya. Oleh itu, hendaklah setiap dari kamu
memerhatikan dengan siapa ia berteman”. (Riwayat Imam Abu Daud dari Abu
Hurairah r.a.)

Di dalam hadis di atas, Rasulullah
s.a.w. berpesan kepada kita agar pandai memilih kawan/teman kerana kawan
boleh mempengaruhi pengamalan agama kita. Maka sebagai ibu atau bapa,
pesanan yang sama perlu kita sampaikan kepada anak-anak kita kerana
mereka adalah tanggungjawab kita.

9. Mohonlah sentiasa dari Allah agar dikurniakan anak yang soleh

Doa adalah senjata kita orang-orang beriman. Dengan doa kita
boleh memohon apa sahaja hajat kita dari Allah. Malah Allah amat suka
hamba-hambanya yang banyak berdoa dan bermohon dariNya. Salah satu
perkara yang perlu selalu kita pohonkan dari Allah ialah anak-anak yang
soleh. Seboleh-bolehnya setiap kali kita berdoa, kita tidak lupa berdoa
agar kita sekelian dianugerahkan Allah anak-anak yang soleh. Antara
bentuk doa memohon anak soleh ialah yang termaktub di dalam al-Quran
iaitu;

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang tergolong dari orang-orang soleh”. (as-Shaffat: 100)

Atau doa;

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً
“Wahai
Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami dari isteri-isteri dan zuriat
keturunan kami (anak-anak soleh yang menjadi) penyejuk mata-mata kami
(apabila melihatnya) dan jadikanlah kami ikutan kepada orang-orang
bertakwa”. (al-Furqan: 74)

Selain itu, kita juga
perlu berdoa agar Allah memberi ilmu dan kefahaman agama kepada
anak-anak kita. Antara doanya ialah;

اَللَّهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّيْنِ، وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ
“Ya Allah, wahai Tuhan kami! Berilah kefahaman kepadanya dalam agama dan ajarkanlah kepadanya memahami al-Quran”.

Doa
ini adalah doa yang pernah diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk Ibnu
‘Abbas r.a.. Berkat doa baginda ini, Ibnu ‘Abbas telah muncul di
kalangan sahabat sebagai seorang pentafsir al-Quran yang paling unggul
sehingga Abdullah ibnu Mas’ud menyatakan; “Sebaik-baik pentafsir
al-Quran ialah Ibnu ‘Abbas”.

10. Sentiasalah memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita

Ibu-bapa hendaklah selalu memberi pesanan dan nasihat kepada
anak-anak supaya sentiasa mentaati Allah dan menjaga perintah agama.
Pesanan, teguran dan kata-kata nasihat dari ibu-bapa merupakan
mutiara-mutiara berharga untuk anak-anak kerana ibu-bapa adalah orang
yang paling hampir dengan anak-anak. Peranan ibu-bapa sebagai pemberi
nasihat dan pesanan tidak terhenti setakat anak-anak masih kecil,
tetapi berterusan hingga bila-bila sekalipun mereka telah dewasa. Di
bawah ini kita kemukakan beberapa nasihat dan pesanan dari para nabi dan
orang-orang soleh untuk anak-anak mereka sebagaimana yang terdapat di
dalam al-Quran dan juga hadis Nabi s.a.w. untuk kita mencontohinya;

Pesanan Nabi Ibrahim kepada anak-anaknya

Pesanan Nabi Ibrahim untuk anak-anaknya dapat kita dilihat dalam surah al-Baqarah, ayat 132;

“Ibrahim
telah berpesan kepada anak-anaknya dengan agama itu (yakni Islam) dan
(begitu juga) Yaakob (di mana mereka berkata kepada anak-anak mereka):
‘Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) untuk
kamu, maka janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan muslim”.
(al-Baqarah: 132)

Pesanan Nabi Yaakob untuk anak-anaknya

Allah menceritakan dalam surah al-Baqarah (ayat 133) bahawa
Nabi Yaakob ketika hampir kematiannya ia telah berpesan kepada
anak-anaknya supaya kekal menyembah Allah, tidak mengsyirikkannya.

“Adakah
kamu menyaksikan ketika Yaakob hampir menemui kematian, ketika itu ia
berkata kepada anak-anaknya; ‘Apakah yang kamu akan sembah selepas
kematianku?’. Jawab mereka; ‘Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan
bapamu Ibrahim, Ismail dan Ishak iaitu Tuhan yang maha esa dan
kepadaNyalah sahaja kami berserah diri”. (al-Baqarah: 133)

Pesanan Luqman al-Hakim

Pesanan Luqman kepada anaknya dibentangkan dengan panjang
lebar oleh Allah di dalam surah Luqman. Pesanan Luqman ini amat baik
jika kita jadikan pesanan yang diulang-ulang dari masa ke semasa untuk
anak-anak kita. Antara yang dipesankan oleh Luqman kepada anaknya ialah;

“Dan
(ingatlah) tatkala Luqman berkata kepada anaknya semasa ia memberi
nasihat kepada anaknya itu; ‘Wahai anak kesayanganku! Janganlah kamu
mensyirikkan Allah (dengan sesuatu yang lain). Sesungguhnya perbuatan
syirik itu merupakan satu kezaliman yang besar”. (Luqman: 13)

“Wahai
anak kesayanganku! Dirikanlah solat dan suruhlah berbuat kebaikan serta
laranglah dari kemungkaran, dan bersabarlah atas segala bencana yang
menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara
yang perlu diambil berat melakukannya”. (Luqman: 17).

Apa yang kita kemukakan ini hanyalah sebahagian kecil pesanan Luqman
untuk anaknya. Untuk melihat pesanannya secara keseluruhan, sila rujuk
surah Luqman (ayat 13 dan ayat-ayat seterusnya).

Pesanan Rasulullah kepada Ibnu ‘Abbas

Diriwayatkan
dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang menceritakan; (Suatu hari) aku berada di
belakang Nabi s.a.w.. Lalu baginda bersabda kepadaku; “Hai anak! Aku
ingin mengajar kamu beberapa perkataan (iaitu); ‘Peliharalah Allah
nescaya Ia akan pelihara kamu. Peliharalah Allah, nescaya kamu akan
mendapatinya di hadapan kamu. Apabila kamu meminta, mintalah kepada
Allah dan apabila kamu memohon pertolongan, pohonlah pertolongan dari
Allah. Ketahuilah bahawa sesungguhnya jika sekelian umat manusia
berhimpun untuk memberi manfaat kepada kamu dengan sesuatu, tidaklah
mereka dapat memberi manfaat kepada kamu melainkan dengan suatu yang
telah ditulis oleh Allah untuk kamu. Dan jika mereka semua berhimpun
untuk memberi mudarat kepada kamu dengan sesuatu, tidaklah mereka dapat
memudaratkan kamu melainkan dengan sesuatu yang telah ditulis oleh Allah
akan menimpa kamu. Telah diangkat pena dan telah kering
lembaran-lembaran’”. (Riwayat Imam Tirmizi)

Wallahu a’lam.
Hassan Adli B. Haji Othmanhttp://www.blogger.com/profile/13778369276351714937noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-9191734763017162316.post-33518042138557404172012-07-04T17:26:00.002+08:002012-07-05T15:54:41.321+08:00Apa Maksud Sebenar 'Kembali Kepada Sunnah'?

Apa maksud sebenar seruan 'kembali kepada Sunnah Nabi s.a.w.?
Sebahagian yang menggelarkan diri mereka 'salafi' begitu asyik dengan
seruan ini seolah-olah sekali pandang kita akan menyangka bahawa
masyarakat kita begitu 'jauh' dari Sunnah Nabi s.a.w. Adakah begitu
keadaannya?

Ada baiknya kita melihat kepada maksud seruan kembali
kepada Sunnah atau kembali memahami Islam dengan panduan Sunnah Nabi
s.a.w. Sudah pasti kita semua tahu dalam Al-Quran terdapat banyak
ayat-ayat yang menunjukkan perintah untuk kita meletakkan kedudukan Nabi
s.a.w. dan Sunnah Baginda pada kedudukan 'rujukan' dalam agama. Tapi
apakah maksud 'rujukan' di sini?

Seruan yang kita dengar
daripada sebahagian 'salafi' ialah mereka ingin kita kembali kepada
Sunnah tetapi dalam seruan mereka ada sedikit kekeliruan, antaranya:

Pertama,
cara mereka membangkitkan seruan ini seolah-olah masyarakat begitu jauh
dari Sunnah dan merekalah yang ingin membawa perubahan dalam
meng'islah'kan kehidupan agar kembali ke jalan yang benar. Sedangkan
masyarakat tidaklah sampai ke tahap sebegitu teruk. Kita dapati
pengamalan Islam dalam masyarakat sememangnya secara keseluruhan adalah
berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.

Contohnya mereka
terlalu ingin membetulkan solat masyarakat dengan membawa seruan 'Sifat
Solat Nabi s.a.w.'. Ada yang memang bersederhana dalam seruan itu tetapi
ada yang terlalu beria-ia untuk menyalahkan amalan masyarakat yang
telah pun solat dengan mengikut amalan tradisi. Rupanya bila diselidiki,
seruan sebahagian bergelar 'salafi' ini rupanya menuju ke arah Sifat
Solat Nabi s.a.w. versi ulama hadith tertentu sahaja, bukan menyeluruh
meliputi pelbagai pandangan ulama terdahulu.

Masih teringat
lagi kata-kata sahabat saya apabila dia mendengar terlalu banyak seruan
ke arah kembali solat seperti cara Nabi s.a.w. Beliau berkata dengan
ringkas: 'Bukankah menunaikan solat itu sendiri adalah Sunnah Nabi
s.a.w. yang dilaksanakan masyarakat?'. Memang saya bersetuju dengan
beliau.

Kedua, seruan
agar masyarakat kembali kepada Sunnah rupanya dikaitkan dengan seruan
lain iaitu 'menolak amalan tradisi' atau 'amalan mazhab'. Adakah ini
sebenarnya apa yang dilakukan oleh para imam dan ulama hadith terdahulu?
Apabila kita menyeru ke arah Sunnah, janganlah ia digambarkan seolah
jauh dari mazhab kerana mazhab-mazhab utama dalam Islam sememangnya
mengambil Sunnah sebagai rujukan. Maka tidak ada salahnya seorang yang
ingin mengambil pandangan Mazhab Syafie jika dia berada di Malaysia
kerana keyakinannya bahawa Imam as-Syafie dan para ulama di dalam
mazhabnya sememangnya menggunakan Sunnah sebagai asas mengeluarkan
pandangan. Jangan kita gambarkan situasi pertentangan atau permusuhan
antara mazhab dan Sunnah!

Ketiga,
seruan mereka telah tersasar dari maksud asal iaitu menjadikan Sunnah
sebagai rujukan. Ia telah tersasar menuju kepada maksud baru iaitu
'menggunakan Sunnah semata-mata dengan melihat zahir lafaz atau teks
hadith'. Apabila kita sebagai seorang muslim mengakui Sunnah sebagai
rujukan, adakah ini bermakna kita meninggalkan huraian ulama sepanjang
zaman? Adakah kita dengan mudah boleh mengambil mana-mana hadith lalu
ditelek zahirnya lalu terkeluarlah hukum-hukum baru dan kita boleh
menjadi mujtahid zaman baru? Jangan terpedaya wahai sahabat! Tidak
mungkin anda boleh memahami hadith begitu sahaja tanpa huraian ulama.
Bagaimana anda ingin menentukan sesuatu hadith itu telah dimansuhkan
dengan hadith lain? Bagaimana anda ingin memahami beberapa hadith yang
nampak bertentangan? Bagaimana anda mampu menentukan hukum hanya dengan
sekadar membaca satu dua hadith? Contoh mudah ialah hadith-hadith
tentang merapatkan saf sebagaimana pernah saya bangkitkan dalam artikel
terdahulu. Cukup dengan anda melihat satu riwayat bahawa sebahagian
sahabat Nabi s.a.w. melekatkan kaki dengan makmum di sebelah, lantas
anda menyatakan ia wajib? Anda lupa huraian ulama zaman berzaman yang
tidak pernah menyatakan begitu?

Nasihat ringkas saya ialah –
bacalah buku Ibn Rusyd bertajuk 'Bidayatul Mujtahid wa Nihayatul
Muqtasid' dan anda akan dapat lihat bagaimana khilaf para ulama berlaku
dalam memahami nas Al-Quran dan Hadith. Barulah anda faham bahawa para
ulama tidaklah begitu mudah mengeluarkan hukum melainkan mereka melihat
kepada semua dalil dari semua sudut.

Keempat,
seruan sebahagian bergelar salafi ini nampaknya menjurus kepada
'menggunakan Sunnah semata-mata tanpa memperdulikan soal hukum'. Apabila
kita ingin menggunakan Sunnah sebagai rujukan, kita diberitahu oleh
para ulama zaman berzaman bahawa dalam Sunnah ada hadith-hadith yang
membawa 5 hukum – wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Tetapi kita
melihat kepada sikap sebahagian salafi ini mereka terus menggunakan
hadith untuk 2 hukum – sunnah atau bid'ah. Kalau sesuatu amalan itu ada
dalam hadith dan diperintah, ia menjadi seakan wajib. Kalau tiada dalam
hadith, maka tidak boleh diamalkan pula seolah haram. Tidak begitu! Para
ulama telah menetapkan bahawa setiap perintah dalam hadith tidak
semestinya membawa hukum 'wajib'. Ada perintah yang membawa 'wajib',
'sunat' dan adakalanya membawa 'harus'. Tetapi sebahagian salafi ini
apabila diajukan kepada mereka perkara sebegini, mereka cepat menyatakan
'yang terbaik ialah ikut Sunnah'. Mereka lupa soal hukum. Bila ada
larangan pula, terus jadi 'tak boleh'. Sedangkan larangan dalam hadith
ada yang bersifat larangan 'haram' dan ada larangan bersifat 'adab'.

Kelima,
seruan mereka seringkali dikuatkan dengan buku-buku dan ulama tertentu
sahaja. Ulama yang mereka gelar sebagai ulama 'salafi' juga. Akibatnya
mereka kurang pembacaan, kurang pendedahan dan tidak banyak mengetahui
cara ulama berbeza pandangan. Ada sebahagian salafi yang menyatakan
keterbukaan tetapi rupanya mereka hanya ambil pandangan sebahagian kecil
ulama. Adakah munasabah dalam dunia Islam yang luas ini hanya ada
beberapa kerat sahaja ulama yang boleh 'dipakai' atau dijadikan
'rujukan'? Adakah ini seruan kembali kepada Sunnah atau seruan kembali
kepada aliran baru iaitu 'Salafi'?

Kesimpulan dari artikel ringkas ini ialah :

- Jangan semata-mata laungkan seruan 'kembali kepada Sunnah' tanpa melihat apa yang telah dihuraikan oleh para ulama hadith.

Luaskan pembacaan, banyakkan pengajian, pelbagaikan guru dan
kembangkanlah dialog ilmiah untuk berkongsi pandangan agar lebih pandai
menghormati perbezaan pandangan.

- Jangan mudah menilai sesuatu
amalan masyarakat sebagai 'tidak sunnah' atau 'bid'ah' kerana mungkin
sahaja kita yang tersalah sangka atau tersalah baca. Rupanya amalan itu
boleh dibuat dan kita pula yang menghalang orang lain melakukan
kebaikan!

Wallahu a'lam

Ust Adlan Abd Aziz

Hassan Adli B. Haji Othmanhttp://www.blogger.com/profile/13778369276351714937noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9191734763017162316.post-69010403207540073952010-11-15T16:02:00.000+08:002010-11-15T16:14:52.939+08:00Teguran Itu PentingOrang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain

Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah. Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.

Membina dan Meroboh

Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.

Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang membutuhkan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.

Lain pula sekiranya seseorang yang tidak membutuhkan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.

Orang yang Menegur

Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat trully dan hidup.

Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.

Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.

Orang yang Ditegur

Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.

Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".

Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?.

Yang Paling Penting

Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.

Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.Hassan Adli B. Haji Othmanhttp://www.blogger.com/profile/13778369276351714937noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-9191734763017162316.post-77788145815745241502010-11-10T17:17:00.002+08:002010-11-10T17:23:09.781+08:00Awasi Islamic Fashion Show'Islamic Fashion Show' telah dianjurkan beberapa kali sebelum ini, namun penganjuran ketika itu tidak mendapat sebarang respon dari cendiakawan Islam, mungkin disebabkan fesyen-fesyen yang ditayangkan tidak begitu melampau. Ataupun ia tidak sampai ke pengetahuan golongan ini.

Namun pada tahun 2010, bertempat di sebuah negara bukan Islam, fesyen yang ditayangkan sudah jauh melampaui batasan. Berdasarkan gambar-gambar yang tersiar di media dan internet, pertunjukan fesyen yang dianjurkan adalah 'clear cut' bercanggah dengan Islam dan tidak layak diberi nama 'Islamic'. Malah ia sudah termasuk di dalam kategori mempersendakan Islam.

Kita menyedari, pihak penganjur mensasarkan keuntungan jualan lalu cuba meraih perhatian dan kelainan melalui penganjuran ini. Namun mereka sepatutnya lebih sensitif dalam menggunakan nama ‘Islam’ bagi perniagaan dan program mereka. Cuba bandingkan :-

-Kita melihat bagaimana kewangan dan perbankan Islam di kawal oleh para ulama sedunia agar apa yang ditawar benar-benar secocok dengan kontrak-kontrak muamalah Islam, sama ada secara mikro dan makro. Itulah yang sewajarnya dilakukan apabila mereka menggunakan nama ‘Islam’ dalam produk perniagaan dan pembiayaan kewangan mereka.

-Kita juga dapat melihat sebarang penggunaan tanda halal juga mesti melalui suatu piawaian yang digariskan oleh JAKIM dan badan-badan yang diiktiraf di dalam dan luar negara.

-Malah penggunaan nama ‘Buffet Ramadhan’ juga dipantau dengan baik sekali oleh pihak JAKIM.

-Sesebuah unversiti yang ingin menawarkan apa sahaja kursus yang mempunyai label Islam, mereka akan dipastikan oleh lembaga akreditasi agar mempunyai tenaga pengajar bertauliah dan berkelayakan rasmi dalam ilmu Shari’ah. Susunan silibusnya juga mesti dipantau agar tiada yang menyeleweng.

-Organisasi politik yang ingin meletakkan nama Islam pada parti mereka, perlu mendapat restu majlis raja-raja yang merupakan ketua agama bagi negeri-negeri.

-Penceramah-penceramah yang ingin berceramah di khalayak awam juga turut dimestikan untuk mendapat tauliah dari jabatan agama Islam negeri.

Namun, dalam kes pertunjukkan fesyen ini, penganjur sewenangnya tanpa mendapat sebarang pengiktirafan dari pihak berkuasa agama dan para ulama, menggunakan nama Islam. Ini jelas satu tindakan yang tidak selari dengan semua item yang disebut di atas.

Pihak penganjur perlu sedar menggunakan label ’Islam’ untuk fashion show mereka adalah tindakan offensive atau menyerang kesucian Islam dan menyakitkan perasaan umat Islam.

Tindakan itu sekaligus menyelewengkan ajaran Islam berkaitan displin pakaian. Ingin saya nasihatkan, kepada penganjur dan semua fashion designer beragama Islam yang terlibat sebelum ini, wajiblah kalian menghentikan penyertaan dalam pertunjukan terbabit di masa akan datang, jika ia masih tidak dikawal. Ia berdasarkan firman Allah :-

وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا

Ertinya : Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki perbincangan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Neraka Jahanam. ( An-Nisa : 140)

Jelas, ayat di atas dan banyak lagi, melarang apa jua unsur yang dianggap membantu menaikkan lagi sesuatu maksiat. Maka, kehadiran dan penyertaan ke majlis tersebut adalah ditegah oleh Allah.

ENGKAR SENDIRIAN & PROMOSI

Saya pasti, akan ada individu yang mencemik bibir dan ‘meluat’ membaca sebarang saranan seperti ini, kononnya ia menyekat sifat keterbukaan dan ‘close minded’. Ingin ditegaskan, jika mereka tidak suka hukum hakam berkaitan aurat, menuduhnya beku, ketinggalan zaman dan kuno serta lebih suka menyanggahinya dan membuka aurat. Biarlah dosa itu kekal di peringkat peribadi mereka, untuk ditanggung secara individu di alam barzakh dan akhirat. Jangan sesekali mempromosinya agar orang lain turut menjadi sepertinya.

Apabila itu dilakukan malah di’organisasi’kan, ia telah memasukkannya ke dalam satu sifat dan dosa yang lebih berat. Dari hanya sebuah dosa biasa, berkembang kepada sifat dan ciri laku kaum munafiq, yang mana sifat kumpulan ini adalah suka merosakkan Islam melalui kata-kata dan tindakan, namun dilakukan dengan menggunapakai label Islam agar objektif mereka terselindung.

Contoh jelas sifat ini boleh dilihat di dalam firman Allah berkaitan penubuhan Masjid Dhirar. Ia adalah adalah nama yang diberikan kepada sebuah masjid yang dibina oleh puak Munafiq di zaman Nabi s.a.w. Masjid tersebut hampir-hampir dialu-alukan oleh Nabi sehinggalah Allah swt menurunkan wahyu melarang Nabi dari mendirikan solat di dalam masjid tersebut. Firman Allah swt

وَالَّذِينَ اتَّخَذُواْ مَسْجِدًا ضِرَارًا وَكُفْرًا وَتَفْرِيقًا بَيْنَ الْمُؤْمِنِينَ وَإِرْصَادًا لِّمَنْ حَارَبَ اللّهَ وَرَسُولَهُ مِن قَبْلُ وَلَيَحْلِفُنَّ إِنْ أَرَدْنَا إِلاَّ الْحُسْنَى وَاللّهُ يَشْهَدُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ * لاَ تَقُمْ فِيهِ أَبَدًا لَّمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَى مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَن تَقُومَ فِيهِ فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَن يَتَطَهَّرُواْ وَاللّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ

Ertinya : Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan mesjid untuk menimbulkan kemudaratan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah: ""Kami tidak menghendaki selain kebaikan."" Dan Allah menjadi saksi bahwa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya) ( At-Taubat : 107)

Allah sendiri menerangkan tujuan dan objektif masjid ini iaitu untuk menimbulkan kemudaratan, kekeliruan kepada umat Islam, dan memecahbelahkan kesatuan umat Islam dengan fitnah-fitnah dan tuduhan mereka sebagaimana yang pernah dilontarkan kepada ummu Mukmini Asiyah r.a.

Dari tindakan Rasulullah menjauhi masjid itu, ini jelas menunjukkan Nabi sendiri menunjukkan sunnah boikot dan menyekat diri dan tentunya para sahabat yang lain dari mendirikan solat di masjid berkenaan. Justeru, majlis pertunjukan fesyen ini adalah persis masjid dhirar, digunakan nama dan label Islam tetapi mengkehendaki kemaksiatan, kemudaratan kepada Islam atau hanya mementingkan ketamakan peribadi tanpa mengira jika ia boleh memudaratkan Islam.

Justeru, ingatan buat penganjur, penaja, fashion designer dan jemputan, dari sepatutnya hanya terhad satu dosa, jangan sesekali menggandakannya kepada ribuan dan jutaan. Penganjuran fashion show yang dilabel dengan nama Islam seperti ini, sesungguhnya amat merosakkan imej sebenar Islam.

PERTUNJUKAN MELAMPAUI BATAS

Islamic Fashion Show, khususnya yang dianjurkan pada tahun bulan Ogos, 2010 yang lalu, bukan sahaja melampaui batasan penutupan aurat yang diajarkan oleh Nabi. Malah ia juga bercanggah dengan kefahaman sebahagian pendokong ajaran Islam liberal itu sendiri. Saya tidak perlu menyertakan gambarnya di sini kerana semuanya berteraburan dan boleh didapati dengan mudah di media dan internet.

Sebagaimana kita faham, sebahagian pendokong Islam liberal tidak meyakini rambut wanita sebagai aurat, justeru hampir semua mereka sama ada tidak bertudung langsung atau bertudung secara tidak sempurna.

Namun apa yang dipersembahkan di Islamic fashion show itu telah lebih jauh melampaui kefahaman kumpulan itu apabila ia bukan sahaja tidak menutup rambut dengan sempurna malah, menggunakan nama nabi Muhammad di pakaian seksi mereka, memaparkan kaki, betis, belahan buah dada, peha, bentuk tubuh, belakang tubuh dan dada secara terangan dan menamakannya sebagai Islam.

Saya telah menyemak kesohihan gambar-gambar tersebut, dan terbukti gambar-gambar yang paling menyeleweng seperti berbaju dengan nama Muhammad, kain singkat, terdedah dada dan yang dinyatakan di atas sememangnya wujud di pesta fesyen 'Islam' di Monaco itu. Ia bukan super impose atau rekaaan menggunakan teknik fotographi. Sebahagian sumber asal gambar terbabit boleh dilihat di sini. Selebihnya anda boleh mencari cari sumber gambar di internet tanpa perlu saya menyertakannya.

Menurut hemat saya tiada pandangan dari mana-mana mazhab Islam yang boleh diguna pakai untuk menghalalkan tindakan tersebut, semuanya pasti mengharamkannya, sama ada kumpulan Wahabi, Salafi, Ahli hadis, Khalafi, Ahbash, Pondok, Pesantren, Syiah, Zohiri, ahli Tasauf dan lainnya.

Saya bimbang selepas ini mereka menggunakan ayat Al-quran di seluar dalam dan bikini rekaan kreatif mereka lalu dipertontonkan kepada umum, menjadi hidangan majlis Islamic fashion show.! Oleh itu fashion show ini bukan sahaja salah di sudut pandangan ulama Islam, malah juga salah pada pandangan kumpulan wanita Islam liberal.

Saya sedari ada fashion designer muslim yang menyertai pertunjukan itu merasakan festival ini adalah medan besar untuk melariskan produk masing-masing, menguatkan jenama dan menambah keuntungan perniagaan. Namun mereka perlu sedar, apabila majlis 'gilang gemilang' itu dicemari oleh unsur penghinaan terhadap Islam, majlis sebegitu bukan menambah keuntungan dan berkat perniagaan, malah memalapkan berkat dan menjauhkan peniagaan dari ruh Islam yang sebenarnya. Nabi pernah menegur individu yang berniaga di dalam masjid dengan kata baginda :

إذا رأيتم من يبيع أو يبتاع في المسجد، فقولوا: لا أربح الله تجارت

Ertinya : Apabila kamu melihat seseorang berniaga di dalam masjid, katakan kepadanya : Semoga Allah tidak memberi keuntungan kepada perniagaanmu” ( Riwayat Al-Tirmidzi)

Adakah peniaga muslim yang menyertai pertunjukan fesyen yang menghina Islam ini, ingin kami katakan demikian kepada perniagaanmu?. Sudah tentu ia tindakan yang valid kerana pertunjukan itu lebih berat mudaratnya berbanding meniaga di dalam masjid. Kedua-duanya sama dari sudut menjauhkan manusia dari Allah di tempat yang sepatutnya berzikir. Fikirkan..

JATUH MARUAH

Tidak sedarkah mereka, penganjuran seperti ini sebenarnya menjatuhkan maruah dan kedudukan tinggi wanita. Di manakah pejuang martabat wanita?. Adakah mereka layak dijadikan bahan tontonan lelaki dengan pakaian pelik atas nama fesyen.

Sukakah mereka, penonton lelaki ibarat raja yang dihidangkan pemandangan hamba-hamba wanita dengan pelbagai pakaian, mendedahkan kecantikan masing-masing?.

Lebih pelik, dimanakah isteri-isteri kepada suami yang menghadiri pertunjukan itu. Adakah dia bahagia apabila suaminya hadir dan membandingkan tubuhnya dengan tubuh ramping para model wanita yang tiada malu itu?.

Kalau kita merasa benci dan marah apabila pelukis kartun Denmark mencaci Nabi melalui kartunnya

Ahli parlimen Belanda menghina Al-Quran melalui filem pendeknya, 'Fitna',

Tentera Amerika menghina Islam dengan filem, dokumentari dan serangan roketnya,

Salman Rushdi menghina Nabi melalui tulisannya,

Kini tindakan menganjur, menjaya dan menyertai pertunjukan fesyen ini juga adalah sama kategorinya. Semanya adalah sangat ‘menyerang’ kesucian Allah, Nabi dan Islam, menyelewengkan manusia dari Islam sebenar dan secara sedar atau tidak, menghina Islam.

MENGAPA BARU SEKARANG?

Ada yang bertanya, mengapa sekarang baru bising-bising sedangkan program ini telah berlangsung tahun 2009 bertempat di sebuah hotel di ibu kota, manakala pada bulan Ogos 2010 yang lalu pula dilangsungkan di Monte Carlo, Monaco.

Jawapnya, yang salah tetap perlu ditegur jika disedari, tidak kira sama ada lewat atau cepat. Ia perlu agar ia tidak diulangi pada masa akan datang. Khususnya apabila founder dan pengerusi Islamic Fashion Festival ini adalah seorang lelaki yang saya rasa beragama Islam dari Malaysia. (Baca sini) dan info rasmi Islamic Fashion Festival.

Melihat ia sudah hampir dijadikan upacara tahunan dan pertunjukannya pada tahun 2010 yang lalu menampilkan fesyen yang semakin melampau (berbanding sewaktu festival 24 November 2009). Umat Islam yang prihatin, perlu menyuarakan bantahan ini juga agar penganjur membatalkan road show festival ini atau paling tidak, mengugurkan nama ‘Islam’ pada festival mereka.

Menurut jadualnya ia akan dilaksanakan lagi tahun hadapan di Turki pada 10 februari 2011.

Kita berharap akan ada individu dan pimpinan prihatin yang mempunyai hubungan dengan Perdana Menteri Turki dapat berbuat sesuatu, sebelum Islam dihina sekali lagi oleh penganutnya, disorak sorai oleh musuh-musuh Islam seluruh dunia. Tidak perlu lagi nama nabi Muhammad dan Islam dibusukkan oleh musuh Islam di Denmark atau Belanda, Amerika, Israel dan lainnya. Kini hanya perlukan orang Islam sendiri.

JANGAN SAMPAI MALAYSIA DITUDUH MENGHINA ISLAM

Kita tidak mahu akan sampai satu ketika umat Islam seluruh dunia berdemonstarsi di jalan dan kedutaan Malaysia kerana alasan menghina Islam. Sebagaimana demonstrasi besar-besaran dilakukan kepada kerajaan Denmark dan Belanda suatu ketika dahulu. Jika itu berlaku, imej Malaysia pasti tercalar dengan hebatnya.

Jika ingin diteruskan, mereka mestilah melantik beberapa orang mufti atu cendiakwan Islam sebagai pemantau kepada semua design yang ingin dipamerkan. Jika tiada seorang mufti dan cendikiawan Islam pun yang sudi untuk menjadi pemantau dek kerana semuanya membantah dan menolak, maka tiadalah kelulusan untuk menggunakan nama ‘Islam’ pada pertunjukan fesyen itu.

Kerana itu, semua cendiakawan dan ilmuan Islam, khususnya pihak yang memegangkan tampuk kuasa agama adalah bertanggungjawab untuk menasihatkan sama ada secara sulit atau terbuka, menurut kadar kemampuan mereka.

Saya sedar, apabila isu ini dikaitkan dengan politik, sebarang teguran akan dilihat teguran politik. Hasilnya ia sukar diterima walaupun BENAR. Ia juga akan dipandang berat sebelah oleh segolongan orang, sebab itu saya kira tidak perlu bertubi-tubi mengaitkannya dengan politik kepartian.

Ia adalah hasil sebuah kejahilan global, merentasi politik kepartian dan mesti dibetulkan secara amanah oleh ulama Islam secara global dan tidak tertumpu kepada menyalahkan mana-mana parti politik secara khusus. wallahu'alam.

Sebarang caci maki politik kepartian tidak dialukan di sini. Hanya komentar berdasar hukum & sensitiviti agama sahaja. Please.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
22 Oktober 2010Hassan Adli B. Haji Othmanhttp://www.blogger.com/profile/13778369276351714937noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9191734763017162316.post-19527841552741170322010-09-23T16:14:00.002+08:002010-09-23T16:19:06.290+08:00Sudahkah Anda Mulakan Puasa 6 Hari di Bulan Syawal?
Ramadhan telah berlalu dan kini Syawal telah tiba. Namun tarbiyah Ramadhan diikuti tarbiyah Syawal juga tarbiyah bulan-bulan lain semuanya dan berkesinambungan dengan ketaatan dan ibadah merupakan bukti penerimaan Ramadhan. Ini kerana Rasul saw bersabda:

“Sesungguhnya setiap amalan perlu aktif dan setiap keaktifan adakalanya berlaku saat kemerosotan. Justeru barangsiapa semasa saat kemerosotannya kembali kepada sunnahku, maka dia memperolehi petunjuk tetapi barangsiapa semasa saat itu kembali kepada yang lainnya, maka ia pasti akan sesat”.

Wahai orang yang Allah berikan taufik kepadanya di bulan Ramadhan. Janganlah anda kembali kepada dosa-dosa yang anda lakukan sebelum Ramadhan seperti amalan mengumpat, mencerca, menipu, khianat dan sebagainya..kerana anda telah merasai kemanisan air mata dan kelazatan munajat yang merupakan saat yang paling bahagia bagi para hamba. Oleh itu janganlah anda tinggalkan kebahagiaan yang telah dinikmati itu. Begitu juga amalan qiam, puasa, sedekah, tilawah al-Quran dan zikir.

Puasa sunat di bulan Syawal selepas Ramadhan adalah di antara peluang terbaik kerana orang yang berpuasa masih berada pada ketaatan dan ibadah yang lain setelah selesai puasa Ramadhan.

Nabi saw telah menyatakan kepada umatnya tentang kelebihan puasa enam Syawal dan mendorong mereka dengan menggunakan teknik galakan supaya melaksanakan puasa 6 hari ini..sabda nabi saw:

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti puasa enam hari di bulan Syawal, maka ganjarannya seolah-olah puasa sepanjang tahun”. (Muslim dan lainnya)

Menurut Imam Nawawi: Para ulamak menyatakan: “Ganjarannya seolah-olah puasa sepanjang tahun, kerana satu hasanah (pahala) mendapat 10 gandaan. Jadi puasa Ramadhan sebulan seumpama puasa 10 bulan. Manakala puasa 6 hari seumpama puasa dua bulan”.

Ibn Rejab menukilkan dari Ibn Mubarak katanya: Bagi yang berpuasa 6 Syawal secara berkesinambungan selepas puasa Ramadhan, maka dia wajib memperolehi pahala puasa sepanjang tahun.

Jikalau tanda penerimaan sesuatu ibadah ialah kecenderungan melakukan ibadah seterusnya, maka puasa 6 Syawal selepas Ramadhan adalah bukti kesyukuran orang berpuasa kepada Allah kerana memberi taufik kepada puasa Ramadhan dan menambahkan kebaikan, sepertimana puasanya sebagai bukti kecintaan kepada ibadah dan ketaatan dan kecenderungan untuk meneruskan jalan ibadah. Bahkan ia seakan-akan suatu perjanjian dengan Allah untuk bersungguh-sungguh beribadah dan melaksanakan ketaatan kerana ia tidak mahu hanya beribadah kepada Allah di bulan Ramadhan dan meninggalkan ibadah selepas Ramadhan.

Al-Hafiz Ibn Rejab al-Hanbali berkata: “Orang yang menggantikan nikmat taufik puasa di bulan Ramadhan dengan melakukan maksiat selepasnya, maka sebenarnya dia seperti orang menukarkan nikmat Allah dengan kekufuran. Ada yang mengatakan kepada Bisyr al-Hafiy: Suatu kaum yang beribadah dan bersungguh-sungguh di bulan Ramadhan. Lalu Bisyr berkata: Seburuk-buruk suatu kaum ialah yang tidak mengenali Allah dengan sebenarnya kecuali di bulan Ramadhan sebaliknya orang soleh sentiasa beribadah dan bersungguh-sungguh sepanjang tahun”.

Di antara hikmat puasa 6 Syawal

1. Puasa 6 Syawal selepas Ramadhan menyempurnakan pahala puasa sepanjang tahun bagi seorang muslim.

2. Puasa di bulan Syawal dan Syaaban sama seperti solat sunat dan solat rawatib sebelum atau selepas solat fardu yang berfungsi menampung segala kekurangan dan kecacatan dalam ibadah fardu, kerana ibadah fardu disempurnakan oleh ibadah nawafil di hari Kiamat. Bahkan ramai orang yang puasanya terdapat kekurangan dan kecacatan, maka ia perlukan amalan yang dapat menampung atau melengkapkan kekurangan itu.

3. Puasa Ramadhan mewajibkan seseorang memperolehi keampunan daripada dosa-dosa yang terdahulu. Oleh itu kembali berpuasa selepas Eidul Fitri sebagai tanda syukur kepada nikmat ini kerana tiada nikmat yang lebih besar daripada keampunan daripada dosa.

Allah telah memerintahkan hambaNya supaya mensyukuri nikmat puasa Ramadhan dengan sentiasa mengingatiNya, berzikir dan bermacam-macam cara bersyukur yang lain. Firman Allah:

“Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur” (Al-Baqarah: 185)

Justeru tanda kesyukuran hamba kepada Allah di atas taufikNya dengan puasa Ramadhan, pertolongan dan keampunan daripada dosa ialah melaksanakan ibadah puasa sunat seterusnya.

4. Amalan-amalan yang mendekatkan seorang hamba dengan Allah pada bulan Ramadhan tidak terhenti dengan berlalunya Ramadhan, bahkan masih kekal selagi hamba itu hidup. Oleh itu berpuasa selepas Eidul Fitri menunjukkan kembalinya kepada keinginan untuk berpuasa. Baginya puasa tidak menjemukan dan membebankannya.

Permasalahan berkaitan puasa 6 Syawal

1. Setengah orang berpendapat bahawa jika tahun ini mereka berpuasa 6 Syawal, maka mereka mesti berpuasa 6 Syawal pada setiap tahun. Pendapat ini tidak betul kerana ibadah ini adalah pilihan semata-mata sama ada mahu berpuasa tahun ini atau tidak pada tahun berikutnya. Bukanlah wajib berpuasa setiap tahun.

Marilah kita mengingati firman Allah:

“Dan bersegralah kamu mencari keampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa ”. (Ali-Imran:133)

2. Setengah orang berpendapat bila seseorang telah mula berpuasa 6 hari di bulan Syawal maka ia mestilah menyelesaikannya sekaligus dan tidak boleh berhenti atau terputus sehari atau dua hari sama ada atas sesuatu sebab atau sakit semsa puasa. Pendapat ini tidak betul kerana orang yang melakukan amalan sunat berhak ke atas dirinya. Ia boleh memutuskan puasanya pada bila-bila masa yang dia mahu berdasarkan sabda nabi saw:

"Orang yang berpuasa sunat adalah ketua (berhak) ke atas dirinya dia boleh memilih sama ada mahu berpuasa atau berbuka (tidak berpuasa)”. (Tirmizi)

3. Bagi orang yang mahu berpuasa 6 Syawal sepatutnya memulakan niat puasa pada malamnya, kerana puasa pada hari-hari yang khusus pada waktu yang terbatas mempunyai ganjaran yang khusus dan tidak sama seperti puasa sunat mutlak.

4. Bagi sesiapa yang tertinggal puasa beberapa hari di bulan Ramadhan, maka ia mestilah mengqada’nya (menggantikannya) dahulu, kemudian barulah berpuasa 6 Syawal kerana puasa Ramadhan adalah ibadah fardu dan puasa 6 Syawal adalah sunat sahaja berdasarkan zahir hadith:

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa 6 hari di bulan Syawal..”. (Hadith)

Namun masalah ini tidak terlepas daripada perbezaan pendapat ulamak.

5. Disunatkan bersegera melaksanakan puasa 6 Syawal yang dimulakan pada hari kedua Syawal, tetapi tidak menjadi masalah jika melewatkan pada pertengahan bulan atau penghujung bulan.

6. Puasa Ramadhan yang diikuti puasa 6 hari di bulan Syawal ganjarannya menyamai puasa sepanjang tahun kerana satu hasanah menyamai 10 gandaan berdasarkan hadith Thuban r.a dari nabi saw yang bersabda:

“Puasa Ramadhan pahalanya menyamai sepuluh bulan. Puasa enam hari di bulan Syawal pahalanya menyamai dua bulan. Dengan itu seolah-olah puasa sepanjang tahun”. (Ahmad dan Ibn Hibban)
Hassan Adli B. Haji Othmanhttp://www.blogger.com/profile/13778369276351714937noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-9191734763017162316.post-26501686008862988232010-09-07T16:11:00.002+08:002010-09-07T16:22:27.891+08:00Panduan Menyambut Hari Raya Aidilfitri Cara SunnahIslam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta agama paling sempurna. Firman Allah S.W.T: “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agamamu.” – Surah al-Maaidah: 3.

Kesempurnaan Islam itu terserlah apabila ia mampu menangani segala permasalahan manusia secara menyeluruh. Islam telah membicarakan isu-isu bersifat global seperti sistem ekonomi, sistem pemerintahan malah ia juga membicarakan sekecil-kecil perkaraseperti adab masuk ke tandas dan beristinjak.

Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya Islam juga telah memberikan garis panduan berkaitan tatacara menyambut hari-hari kebesarannya seperti hari raya Aidilfitri ini.

Adalah penting bagi kita untuk sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai petunjuk dalam mengendalikan upacara sambutan Aidilfitri kerana inilah masa untuk kita semua membuktikan bahawa kita benar-benar telah menjadi seorang insan yang bertakwa setelah melalui bulan Ramadan kerana padanya terdapat ibadah puasa yang berupaya membentuk golongan muttaqin(orang yang bertakwa).

Justeru itu, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena menyambut ketibaan hari lebaran Aidilfitri ini.

1. Bertakbir

Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Firman Allah S.W.T: “Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur.” – Surah al-Baqarah:185.

Adalah juga disunnahkan untuk kita bertakbir disepanjang perjalanan dari rumah kita menuju ke masjid untu menunaikan solat Aidilfitri. Menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h: “Mengenai syariat bertakbir (pada hari raya Aidilfitri) yang perlu dilakukan oleh kaum muslimin ialah bertakbir dengan suara lantang ketika dalam perjalanan menuju ke tempat solat walaupun kebanyakan umat Islam mula memandang remeh sunnah ini.” – RujukKitab Meneladani Rasulullah S.a.w Dalam Berhari Raya, karya Syeikh Ali Hassan bin Ali al-Halabi al-Atsari, ms. 32

Bertakbir sejak mula keluar dari rumah bertujuan menyerlahkan syiar Islam di setiap pelusuk jalan yang dilalui ketika menuju ke tempat solat.

2. Lafaz ucapan selamat pada hari raya Aidilfitri

Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin’. Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya: “Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerimaamalan kami dan amalanmu).” – Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.

3. Meneruskan qiamullail

Jika sepanjang bulan Ramadan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadan (solat tarawih), ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud. Saranan ini tidak bermaksud mengkhususkan pada malam Aidilfitri untuk dikerjakan qiamullail. Apa yang cuba ditekankan di sini adalah semangat mengerjakan qiyam Ramadan (solat tarawih) haruslah diteruskan dengan mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnyasesudah bulan Ramadan.

4. Mandi pada pagi hari raya

Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab: “Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri.” – Hadis riwayat Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi’i, jil. 1, ms. 118-119.

5. Makan sebelum solat Aidilfitri.

Disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya. Menurut al-Muhallab r.h: “Mengenai hikmah menjamah makanan sebelum mengerjakan solat hari raya adalah agar seseorang tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa sehingga solat hari raya Aidilfitri dilaksanakan. Seolah-olah Rasulullah s.a.w ingin menutup prasangka semacam ini.” – Rujuk Fath al-Bari, jil. 5, ms. 272.

Kebiasaannya, Rasulullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat Islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada pagi hari raya Aidilfitri. Mereka bebas memakan apa sahaja. Tetapi, mengikut sunnah itu lebih baik daripada menyanggahinya. Sedangkan, sunnah itu termasuk perkara tauqifi (tidak boleh dipersoalkan). Anas bin Malik r.a berkata: “Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma.” Murajja’ bin Raja’ berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w memakannya dalam jumlah yang ganjil.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 953.

Namun, jika tidak memiliki kurma maka dibolehkan untuk mengisi perut dengan makanan lain terutamanya makanan yang manis-manis seperti madu. Sekiranya tidak ada makanan sama sekali, memadai dengan hanya meminum air.

6. Memakai pakaian yang indah

Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya. Imam Syafier.h berkata: “Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.” – Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi’I, jil. 1, ms. 327.

Bagi kaum wanita pula walaupun disunnahkan memakai pakaian yang terbaik, namun mereka hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian golongan lelaki. Bagi golongan kanak-kanak pula, Imam Syafie r.h menambah: “Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka boleh memakai pakaian paling bagus yang dimilikinya, baik lelaki mahupun perempuan dan mereka juga boleh memakaiperhiasan emas atau apa sahaja perhiasan.” – Rujuk Ringkasan Kitab al-Umm, Imam Syafie, jil. 1, ms. 327.

Semoga di pagi hari raya kita akan memilih pakaian yang terbaik serta paling mahal mengikut kemampuan masing-masing menuju ke tempat solat hari raya. Disunnahkan juga bagi kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunnahkan kepada kaumwanita. Sabda Rasulullah s.a.w: “Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina.” – Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya. no: 5036.

Namun begitu bukanlah bermakna kaum wanita harus membiarkan dirinya berbau busuk. Islam adalah agama yang menitik-beratkan kebersihan serta kesihatan diri. Dibenarkan bagi wanita untuk memakai wangian yang keharuman sekadar untuk menjaga dirinya dari berbau busuk dan tidak sehingga menarik perhatian orang di sekelilingnya. Haruman-haruman yang kuat dan boleh menaikkan nafsu berahi hanyalah khusus untuk suaminya.

7. Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya.

Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan. Ali bin Abi Thalib r.a: “Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat.” – Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya, no: 487.

Namun begitu bagi yang sesiapa yang perlu menggunakan kenderaan kerana tempat solat terlalu jauh, ia dibolehkan dalam syarak. Tetapi, berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan.

8. Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya.

Disunnahkan juga mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Jabir bin ‘Abdullah r.a berkata: “Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada hari raya.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 986.

Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h berkata:
“Baginda s.a.w selalu melalui jalan yang berbeza ketika menuju dan pulang dari tempat solat pada hari raya. Ada yang berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Sebahagian lain berpendapat untukmemberikan barakah kepada mereka. Ada juga berpendapat untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukannya di kedua-dua jalan itu. Menurut pendapat lain pula untuk menampakkan syiar Islam di jalan-jalan. Pendapat yang lebih tepat adalah supaya perjalanan yang ditempuh lebih jauh (banyak langkahnya). Orang yang berjalan ke masjid atau tempat solat, salah satu langkah kakinya akan meninggikandarjat. Sedangkan langkah kaki yang lain akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya.” – Rujuk Zaadul Ma’ad, Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, ms. 49.

9. Tempat perlaksanaan solat hari raya

Sunnah mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang atau musholla (tempat terbuka seperti padang sehingga khatib dapat melihat semua hadirin) merupakan satu amalan yang jarang dilakukan di Malaysia melainkan beberapa kelompok kecil yang benar-benar kuat berpegang kepada sunnah Nabi s.a.w. Apakah musholla itu berbeza dengan masjid? Abu Said al-Khudri r.a berkata: “Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w keluar menuju ke musholla. Ketika itu, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan solat hari raya (tanpa ada sebarang solat sunat).” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.

Tentang hikmah mengerjakan solat hari raya di musolla, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan telah berkata: “Sesungguhnya mengerjakan kedua-dua solat hari raya di tanah lapang mengandungi hikmah yang besar. Di antaranya adalah seluruh kaum muslimin setidak-tidaknya mereka boleh berkumpul bersama (bersua muka) dua kali dalam setahun. Semua orang dariseluruh pelusuk negeri akan berkumpul di sebuah tempat sama ada lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Mereka semua menghadap Allah dengan hati yang penuh konsentrasi, dikumpulkan dengan satu kalimat (tauhid), solat di belakang seorang imam, membaca takbir dan tahlil bersama dan berdoa kepada Allah dengan penuh ikhlas. Seakan-akan hati mereka terikat menjadi satu, merasa bahagia dan mensyukuri nikmat Allah yang telah dilimpahkan kepada mereka. Dengan itu, hari raya benar-benar bermakna bagi mereka.” – Rujuk Koreksi Total Ritual Shalat, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan, ms. 394.

10. Mengerjakan Solat Aidilfitri

Di antara syiar yang palin utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlakasanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat Islam. Ibn Abbas r.a berkata: “Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 989.

Disunnahkan menyampaikan khutbah sesudah mengerjakan solat hari raya Aidilfitri. Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata: “Pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w akan keluar menuju musolla. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda (apabila tiba di masjid) baginda akan mengimami solat. Kemudian, baginda akan berpusing dan menghadap ke arah makmum yang sedang duduk di dalam saf mereka. Seterusnya, baginda akan memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka (khutbah).” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.

Para jemaah tidak diwajibkan menghadiri atau mendengar khutbah hari raya. Sebaik sahaja selesai mengerjakan solat hari raya, sesiapa yang tidak ingin turut serta mendengar khutbah maka dia dibenarkan meninggalkan majlis itu. Abdullah bin al-Sa’ib r.a berkata:
“Aku pernah menghadiri solat hari raya bersama Nabi s.a.w. Setelah selesai solat baginda bersabda: Sesungguhnya kami akan berkhutbah. Oleh itu, sesiapa ingin duduk mendengar khutbah, dia boleh duduk. Sesiapa yang ingin pergi, dia boleh beredar.” – Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunannya, no: 975.

11. Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri

Islam adalah agama yang begitu praktikal lagi munasabah. Setelah sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Oleh itu, usaha-usaha untuk menimbulkan suasana kegembiraan di dalam keluarga masing-masing pada hari raya Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam. Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari rayaAidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat Islam dan pelbagai lagi. Di sesetengah negara Timur Tengah, cuti umum hari raya Aidilfitri dipergunakan untuk membawa ahli keluargabersiar-siar serta berkelah di tempat-tempat peranginan. Semua bentuk suasana kegembiraan dan kemeriahan ini adalah sebahagian dari tuntutan agama Islam sempena menyambut hari raya Aidilfitri selagi ia dilaksanakan sesuai dengan lunas-lunas syarak. Syeikh Sayyid Sabiq r.h berkata:
“Mengadakan permainan serta kegembiraan yang tidak melanggar aturan agama, termasuk pelbagai bentuk nyanyian yang baik (dari segi makna), semua itu termasuk syiar agama yang disyariatkan oleh Allah pada hari raya untuk melatih tubuh jasmani dan memberi kepuasan serta kegirangan hati.” – Rujuk Fiqh al-Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, jil. 2, ms. 290.

Rasulullah s.a.w sendiri telah membenarkan penduduk Madinah al-Munawwarah bergembira apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Anas bin Malik r.a berkata:
“Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebihbaik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959.

12. Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164.

Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Cara yang paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya Aidilfitri secara berturut-turut (bermula pada 2 Syawal) sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama. Ini juga merupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie r.h. Namun, seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahanmahupun di akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut atau berpisah-pisah. Amalan sesetengah pihak yang melakukan puasa qada dan sunat Syawal secara serentak mengikut formula dua dalam satu merupakan perbuatan bid’ah yang tidak ada dalilnya dari mana-mana hadis Nabi s.a.w yang thabit. Oleh itu, afdhal menyempurnakan puasa bulan Ramadan yang ditinggalkan terlebih dahulu diikuti puasa sunat di bulan Syawal. Perbuatan ini lebih bertepatan dengan maksud hadis di atas untuk mendapat keutamaannya, iaitu seolah-olah berpuasa setahun.

PENUTUP

Inilah sebahagian daripada hukum-hakam dan amalan yang disunnahkan ketika menyambut bulan Ramadan al-Mubarak dan hari raya Aidilfitri menurut al-Quran dan sunnah yang sepatutnya dijadikan contoh ikutan bagi seluruh umat Islam. Mudah-mudahan, sambutan hari raya Aidilfitri yang akan menjelma nanti disambut dengan penuh keikhlasan, kemeriahan dan selari dengan perintah Allah serta Rasul-Nya s.a.w.Hassan Adli B. Haji Othmanhttp://www.blogger.com/profile/13778369276351714937noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-9191734763017162316.post-36978970549683618892010-08-25T15:27:00.002+08:002010-08-25T15:34:02.636+08:00Ramadhan: Memenuhi Fitrah Manusia"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa." Surah al-Baqarah, ayat 183.

Memahami tujuan hidup

Manusia terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapi di antara satu sama lain. Unsur tersebut ialah tubuh dan roh. Sejak zaman berzaman, tubuh jika mengalami sebarang masalah dapat dirujuk kepada bomoh dan hari ini digelar sebagai doktor. Kesemuanya ini dirujuk apabila tubuh ditimpa sebarang penyakit. Manakala roh ataupun jiwa, jika ditimpa sebarang masalah akan dirujuk kepada pawang atau bomoh.

Selalu juga berlaku, sebahagian atau segelintir orang mengambil langkah penyelesaian kepada pelbagai masalah itu dengan cara mengadu kepada kuasa lain selain Allah SWT. Cara itu adalah khurafat. Lalu lahirlah amalan memuja pokok, sungai, batu, cakerawala dan sebagainya.
Semua itu menunjukkan keperluan untuk melunaskan fitrah manusia yang ingin bertuhan. Secara fitrahnya, manusia perlu kepada Tuhan. Manusia sendiri tidak boleh menerima dengan akal bahawa dunia ini wujud tanpa pencipta. Lalu dengan keyakinan inilah, manusia mencari-cari siapa yang perlu dirujuk ketika menghadapi sebarang masalah. Lahirlah dari rasa fitrah tersebut amalan-amalan khurafat yang wujud semenjak zaman dahulu kala.

Islam kemudiannya datang bukanlah sangat untuk mengajar manusia bahawa di dunia ini adanya Tuhan kerana itu merupakan satu fitrah. Tetapi Islam datang untuk meletakkan fitrah manusia di landasan yang betul iaitu mengakui Tuhan itu hanyalah Allah SWT. Jiwa dan jasad manusia dipandu dengan jelas agar mengakui bahawa zat yang layak untuk disembah hanyalah Allah SWT. Dengan kata lain, manusia diseru agar mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT. Pengabdian kepada Allah SWT merupakan misi utama penciptaan manusia. Inilah tujuan hidup manusia yang telah ditetapkan oleh Allah Yang Maha Pencipta.

Al-Quran panduan hidup

Tujuan hidup ini tidak dapat disebut oleh mana-mana ahli fikir jika tidak merujuk kepada al-Quran. Ahli-ahli sains mungkin dapat menyebut tujuan tanah, air, api, dan udara atau sebagainya adalah berguna kepada manusia. Demikian juga seorang ahli perubatan dapat menjelaskan khasiat ubat-ubatan yang dihasilkan. Namun, siapakah yang dapat menjelaskan tujuan hidup jika tidak Allah SWT sendiri?

Sebagaimana seorang yang datang dari ceruk kampung berdepan dengan pelbagai mesin di gudang yang besar, tidak akan mengetahui fungsi setiap jentera dan suis yang dilihatnya kerana tidak mempunyai kemahiran. Orang yang mengetahui fungsi mesin yang pelbagai itu ialah jurutera yang menciptanya atau sekurang-kurangnya mereka yang berpengetahuan tentangnya.

Demikianlah tujuan hidup manusia. Mustahil seorang manusia mengetahui tujuan dia sendiri diciptakan jika tidak diberitahu oleh kuasa yang menciptakan manusia, iaitu Allah SWT. Untuk memberitahu tujuan hidup inilah, dihantar rasul-rasul kepada manusia dari zaman berzaman. Merekalah (para rasul) yang ditugaskan untuk memandu manusia, bagaimana hidup ini perlu diselaraskan menurut kehendak Allah SWT.

Justeru jurupandu kepada umat ini ialah para ambiya’ khususnya di akhir zaman ini ialah Nabi Muhammad SAW. Baginda tidak mereka-reka jalan, baginda hanya menunjuk jalan berpandukan al-Quran.

Sehubungan itu, bersempena menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak kali ini (1431H), maka seluruh kehidupan ini hendaklah mengambil pengajaran darinya. Antaranya mengambil ingatan sebaiknya kerana bulan Ramadhan merupakan bulan penurunan al-Qur an. Di antara sifat al-Quran ialah hudan linnas sepertimana firman Allah SWT:

"Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil). " Surah al-Baqarah, ayat 185.

Puasa memenuhi fitrah manusia

Justeru, antara keberkatan utama bulan Ramadhan adalah difardhukan ibadat puasa sepertimana difardhukan ke atas umat terdahulu. Namun, puasa sebagaimana ibadat-ibadat lain juga merupakan keperluan bagi fitrah manusia. Jika sekalipun agama tidak mewajibkan puasa ini dilakukan, manusia sendiri tentunya akan mewajibkan ke atas dirinya untuk berpuasa kerana banyak manfaat daripadanya, termasuklah dari aspek kesihatan. Apatah lagi jika ia merupakan satu perintah daripada Allah SWT, maka lebih perlulah puasa ditunaikan sekalipun menempuhi sedikit kepayahan.

Salah satu manfaat besar puasa ialah dapat membukti sejauh mana tanda taat dan tunduknya manusia kepada tuhannya. Manusia selaku hamba Allah, sanggup bersusah payah (dengan berpuasa), demi membuktikan kepatuhan mereka. Sebagaimana kita bersusah payah untuk menjaga anak-anak kita yang kita sayangi, maka demikianlah kita mengutamakan ibadat sepanjang Ramadhan ini, sanggup kita bersusah payah demi Tuhan yang kita yakini.

Inilah sebab mengapa setiap amalan di dalam Islam perlu diasaskan kepada niat yang ikhlas. Niat yang ikhlas dalam erti kata lain melaksanakan amalan semata-mata kerana ia merupakan perintah Allah SWT. Bukan sahaja beribadat seperti solat dan puasa, bahkan berpolitik, berniaga, bersosial, berumahtangga semuanya kerana Allah SWT. Dari sinilah, hati kita perlu sentiasa diasuh untuk meyakini bahawa amalan yang dilakukan bukan kerana budaya turun temurun atau adat resam tetapi hanya kerana Allah SWT.

Manusia perlulah sentiasa yakin bahawa Allah SWT itulah yang bersifat dengan al-Khaliq (Yang Maha Mencipta), al-Baari (Yang Memberikan Kemampuan) dan al-Mushawwir (Yang Memberikan Bentuk). Keyakinan seperti ini membantu manusia untuk lebih meningkatkan amal ibadat kerana diyakini setiap amalan tersebut dinilai oleh Allah SWT yang menciptakannya. Keyakinan inilah juga yang akan mendorong manusia untuk berpuasa dengan sesungguh hati yang memenuhi tuntutan takwa kepada Allah SWT.

Ingatlah, hilangnya keyakinan terhadap Allah, maka akan hilanglah roh dari ibadat puasa tersebut. Hilangnya roh ibadat puasa itu, maka akan menghilangkan pula ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT kepada orang-orang yang berpuasa. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

"Betapa ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang yang berqiyam tidak mendapat apa-apa daripada qiyamnya kecuali hanya berjaga malam." Riwayat Ibnu Majah.

Semoga kita semua dapat memperbanyakkan amalan membaca al-Quran, bersedekah, qiyamullail dan sentiasalah berzikir mengingati Allah SWT di sepanjang Ramadhan. Malah, semua ini seharusnya sentiasa menjadi amalan rutin kita, bukan hanya ketika bulan Ramadhan. Harapan kita, agar bacaan al-Quran, sedekah, qiyam dan juga zikir yang kita amalkan sentiasa memandu kita di dalam mengurus tadbir hidup ini berpandukan al-Quran sebagai usaha kita memenuhi apa yang dikehendaki oleh Allah SWT. InsyaAllah, Ramadhan pada tahun ini jauh lebih baik dari Ramadhan pada tahun-tahun yang lepas.

Oleh :
Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan,
http://www.blogtokguru.com/Hassan Adli B. Haji Othmanhttp://www.blogger.com/profile/13778369276351714937noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9191734763017162316.post-48912835619556805342010-08-25T15:15:00.002+08:002010-08-25T15:24:45.816+08:00Renungan Ramadhan
Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Ketahuilah bahawa puasa yang sedang kita jalani ini merupakan jalan singkat untuk
mendapat rahmat, pahala dan keberkatan dari Allah.

Orang-orang yang berpuasa merupakan golongan yang terpilih, special, dan mempunyai
keistimewaan pada hari qiamat. Sahal bin Sa’ad berkata bahawa Nabi (saw) bersabda:

“Sesungguhnya syurga itu mempunyai sebuah pintu, disebut “rayyan”. Akan diseru pada
hari qiamat: “ Mana orang yang berpuasa?”. Lalu bila orang yang terakhir dari mereka
telah masuk, maka pintu itupun ditutup”. (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Puasa ini juga bakal menjadi pembela dan pemberi syafaat kepada kita. Menurut
Abdulah bin Umar (ra), Nabi (saw) bersabda:

“Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat bagi hamba, pada hari qiamat. Berkata
puasa: “Ya Tuhan, Engkau larang ia makan dan memuaskan syahwat di waktu siang, dan
sekarang ia meminta syafaat padaku kerana itu”. Dan berkata pula al-Quran: “ Engkau
larang ia tidur di waktu malam, sekarang ia meminta syafaat padaku mengenai itu”.
Maka syafaat kedua merekapun diterima oleh Allah.” (hadis riwayat Ahmad)

Orang yang berpuasa akan bergembira apabila bertemu dengan Tuhannya nanti seperti
hadis dariAbu Hurairah bahawa Nabi (saw) bersabda:

“ Dan orang yang berpuasa itu beroleh dua kegembiraan yang menyenangkan hati: di
kala berbuka, ia akan bergembira dengan berbuka itu, dan di saat ia menemui Tuhannya
nanti, ia akan gembira kerena puasanya.” (hadis riwayat Ahmad, Muslim dan an-Nisa’i)

Jelas kepada kita status atau kedudukan orang-orang yang berpuasa. Memang dalam
mengerjakan puasa itu terdapat kesukaran, keletihan dan kesusahan. Memang puasa
memerlukan pengorbanan dan kesabaran. Tetapi yakinlah dengan janji Allah melalui
lisan Nabi-Nya ini. Puasa bakal memohon syafaat bagi kita. Kita mempunyai
keistimewaan dengan pintu khas untuk masuk ke syurga. Dan kita akan bergembira
bukan sahaja ketika berbuka tetapi juga apabila kita bertemu dengan Allah nanti. Inilah
kegembiraan yang hakiki.

Semoga Allah menggabungkan kita ke dalam orang-orang istimewa dan memperoleh
syafaat dari puasa yang kita kerjakan.
Hassan Adli B. Haji Othmanhttp://www.blogger.com/profile/13778369276351714937noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9191734763017162316.post-89415453756820660292010-08-17T14:55:00.003+08:002010-08-17T15:04:34.018+08:00KEBERKATAN BERSAHURSaudara-saudari yang dirahmati Allah,

Di antara sunat puasa yang sering dipandang ringan oleh ramai umat Islam kini ialah
bersahur. Bersabda Nabi (saw):

“ Makan sahurlah, kerana makan sahur itu berkat.” (hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain, Nabi (saw) bersabda:

“ Bersahur itu berkat maka janganlah kamu tinggalkan, walau seorang di antaramu
hanya meneguk air. Kerana Allah dan para Malaikat-Nya akan mengucapkan selawat
kepada orang-orang yang bersahur”. (hadis Riwayat Ahmad)

Dan adalah disunatkan kita melewatkan sahur tersebut, seperti dinyatakan oleh ‘Amar bin
Maimun mengenai para sahabat Nabi (saw):

“Para sahabat Nabi Muhammad (saw) itu adalah orang-orang yang paling bersegera
berbukanya dan paling lambat bersahurnya” (Riwayat Baihaqi)

Di sana terdapat hikmah dan berkat yang besar dari sahur dan melewatkannya. Pertama,
ia memberi kekuatan kepada yang berpuasa. Tetapi lebih besar ertinya pada kita ialah
sahur memberi peluang untuk mendapat ucapan selawat dari Allah dan para malaikat.

Bukan mudah untuk kita melayakkan diri menerima ucapan selawat daripada Pencipta
dan Penguasa Alam dan para malaikat-Nya. Ini merupakan satu anugerah yang perlu
direbut oleh setiap insan. Mengingatkan anugerah ini, pastinya tidak terlalu sukar untuk
kita bangun esok pagi untuk bersahur.

Satu lagi hikmah yang besar dari sahur yang lewat ialah ia akan memastikan kita berjaga
di penghujung malam menjelang subuh; satu saat yang amat mustajab untuk berdo’a.

Ambillah peluang bangunnya kita di waktu sahur untuk menunaikan dua rakaat solat
tahajjud atau hajat dan berdo’alah kepada-Nya Yang Maha Mendengar.

Di samping itu, bangunnya kita untuk bersahur menjelang subuh akan memastikan agar
kita dapat solat subuh di awal waktunya; satu amalan yang amat disukai. Menurut
sebuah hadis dari Abu Mas’ud al-Ansari:

“ Bahwa Rasulullah (saw) melakukan solat subuh di saat kelam pada akhir malam (di
awal waktu subuh), kemudian pada kali lain dilakukannya ketika hari mulai terang.
Setelah itu solat tetap dilakukannya pada waktu gelap tersebut sehingga beliau wafat,
dan tidak pernah lagi di waktu hari telah mulai terang.” (riwayat Abu Daud dan Baihaqi)

Di samping itu, berkesempatan pula kita bersolat sunat subuh yang disebutkan oleh Nabi
(saw):

“Dua rakaat sunat subuh itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Tirmidhi dan an-Nisa’i)

Oleh itu, kita tidak boleh memandang sahur hanya sekadar untuk makan menambah
tenaga bagi menguatkan badan; mungkin tidak diperlukan jika seseorang merasakan
dirinya telah kuat. Tetapi sahur adalah lebih dari itu; ia adalah satu sunnah Nabi,
melakukannya memberi kita peluang mendapat selawat dari Allah dan para malaikat,
peluang untuk berdo’a di saat yang mustajab, dapat solat subuh di awal waktu dan dapat
pula bersolat sunat yang begitu besar ganjarannya.

Semoga Allah mempermudahkan kita untuk istiqamah di atas sunnah Nabi-nya.Hassan Adli B. Haji Othmanhttp://www.blogger.com/profile/13778369276351714937noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9191734763017162316.post-970013133003246922010-08-12T16:34:00.002+08:002010-08-12T16:42:51.657+08:00KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIHDengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.

Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut : "Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:

· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

· Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

· Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..
· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.

Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini.

Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah..

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah

1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.

4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

Jab. Mufti N. Terengganu,
Tingkat 1, Kompleks Seri Iman,
Kuala Terengganu 21100
Terengganu
Tel : 09-6252525 ext. Fax : 09-6235411Hassan Adli B. Haji Othmanhttp://www.blogger.com/profile/13778369276351714937noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9191734763017162316.post-22315945970476979892010-08-10T16:11:00.002+08:002010-08-10T16:17:15.632+08:00Ramadan Datang Lagi“Ramadan kali ini aku nak cuba baiki diri. Lama dah rasanya tak buat amalan sunat. Rasa diri ini tak pandai menyambut Ramadan. Tapi kali ini aku nak cuba agar sejarah silam tak kembali lagi…”

Mungkin itulah kata hati kita apabila tibanya malam pertama Ramadan kali ini memandangkan Ramadan yang lepas disia-siakan. Adakalanya terasa juga ruginya umur remaja dijadikan masa untuk bersuka-ria sahaja. Sibuk dengan kawan-kawan, enjoy sana, enjoy sini hingga syariat Tuhan diabaikan. Tuhan semakin ditinggalkan apatah lagi nak dicintai. Huh… sibuk benar mengejar dunia yang sementara saja.

Ramadan yang sarat dengan janji pahala dan keampunan tidak layak untuk kita sia-siakan. Sesungguhnya puasa zahir ditandai dengan berakhirnya siang, iaitu ketika mulai tenggelamnya matahari di tempat istirehatnya. Semasa berbuka lupa Ramadan sekejap, rasa dunia ini dia yang punya, pelbagai jenis air, bermacam-macam warna dan rasa, kuih tak tau la berapa jenis, belum lagi lauk pauk. Pendek kata tak ada ruang lagi la atas meja tu. Akhirnya semua itu akan dimasukkan ke dalam tong sampah kerana perut tak dapat menampung beban makanan yang masuk…membazir bukan.

Akan tetapi puasa orang-orang yang dekat dengan Tuhan, tidak berpenghujung. Tidak dimulai dengan syuruk dan tidak diakhiri dengan ghurub. Tidak dapat dihitung dengan bilangan jam dan batasan waktu. Malah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan mengharap reda Allah. PUASA MEREKA DIIRINGI DENGAN RASA BERTUHAN YANG MENDALAM DAN RASA HAMBA YANG MEKAR MEMBUNGA. Dirasakan Ramadan inilah rahmat dan kasih sayang Tuhan itu melimpah-ruah.

Pernah Rasulullah SAW, manusia yang agung bersabda: “Ada orang yang berpuasa tapi tiada baginya pahala, yang dapat hanyalah lapar dan dahaga”.

Ingatan ini mesti dijaga agar ibadah puasa kita tidak rosak dan sia-sia walaupun tepat syarat dan rukunnya.

Selanjutnya Rasulullah SAW memberitahu kita supaya banyakkan ibadah di bulan puasa kerana balasannya sungguh istimewa. Ia bulan pengampunan dosa juga bulan dikabulkan doa. Terhimpun kebaikan padanya. Syurga rindu orang yang memuliakannya.

Bagi orang yang menghayati Ramadhan yang diberkati, puasanya akan berkesan dihati hingga membina peribadi.

Nabi SAW bersabda: “Siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan reda Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudian”

Inilah puasa yang hakiki..

Oh Ramadhan…kedatanganmu kurindu..kehadiranmu menggamit ketenanganku.

Glosari:

1) syuruk: waktu terbit matahari

2) ghurub: waktu terbenam matahariHassan Adli B. Haji Othmanhttp://www.blogger.com/profile/13778369276351714937noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9191734763017162316.post-31201931822833496052010-08-09T16:25:00.000+08:002010-08-09T16:28:25.049+08:00Keistimewaan Puasa dan Bulan RamadhanSetiap orang yang mengaku beriman dengan kebesaran Allah pasti akan bergembira apabila tiba bulan Ramadhan Al Mubarak di setiap tahun. Ini disebabkan Ramadhan satu-satunya bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan yang tidak terdapat di dalam bulan-bulan yang lain, oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. menjelaskan Ramadhan adalah penghulu kepada sebelas bulan yang lain. Hanya orang yang kenal kelebihan Ramadhan sahaja yang akan bersedia bila menjelangnya bulan yang mulia ini.

Betapa besarnya fadilat bulan Ramadhan ini dapat kita fahami dari hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bererti:

"Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta diikat semua iblis dan syaitan."

Oleh kerana itu apabila seorang melangkah masuk ke bulan Ramadhan bererti mereka memasuki gerbang pertapaan yang penuh dengan ujian dan latihan. Kerana itu sudah sewajarnyalah kita membuat persiapan yang perlu dari segi rohani dan jasmani iaitu:

1. Mengulangi kembali pelajaran-pelajaran yang berkaitan dengan puasa agar kita memasuki dan menjalani amalan puasa ini dengan pengetahuan dan yang dibaharui dengan pedoman-pedoman yang baik serta pengalaman-pelangalam yang baru dan sempurna. Pelajaran-pelajaran itu hendaklah yang berhubung dengan rukum, syarat sah, syarat membatalkan puasa, perkara-perkara sunat, makruh, abad berpuasa dan hikmat yang terkandung serta perlaksanaan ibadat puasa yang merupakan ibadat yang istimewa ini.

2. Membuat persiapan dari segi Rohani rasa hati dan ketenangan jiwa dalam menghadapi bulan puasa sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda.

3. Membanyakkan doa moga-moga Allah memberikan kesihatan, tenaga, kelapangan dan kesempatan mengerjakan puasa dan mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayahNya supaya kita dapat menunaikan puasa dengan hati yang jujur, tulus ikhlas dijauhi dari riak, ujub dan dari segala rupa penyakit yang menghilangkan pahala puasa.

4. Menguatkan semangat dan hemat untuk melaksanakan latihan yang akan kita jalani sepanjang bulan ini dengan sempurna agar kita memperolehi kesan yang dimaksudkan iaitu peningkatan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t. Open in new windowBulan puasa itu merupakan bulan latihan berjihad memerangi hawa nafsu yang loba dan tamak.

Bulan puasa adalah bulan bercucuk tanam untuk akhirat, bulan menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan membersihkan dan menyuci diri dari berbagai dosa dan noda serta menghiasi diri dengan budi yang tinggi dan pekerti yang luhur.

Maka oleh itu hendaklah kita menyediakan diri kita dalam melaksanakan hak puasa dengan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang baik dengan sepenuh hati, jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan itu kerana seorang yang menanam benih jika tidak membaja, menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik apabila datang masa menuai tegasnya semasa berhadapan dengan Allah s.w.t.

Kita hendaklah mengelakkan daripada kebiasan-kebiasan yang memberatkan dan merugikan diri kita seperti berbelanja berlebihan, boros, suka berhibur, membuang masa dan bersembang yang tidak mendatangkan faedah kerana perkara-perkara tersebut adalah bertentangan dengan hikmat berpuasa.

Sebaliknya hendaklah kita menyambut bulan puasa dengna cita-cita dan azam yang tinggi membanyakkan ibadah samada siang atau malam hari dengan kemahuan hendak melatih diri serta mensucikan jiwa. Kita hendaklah mengucapkan tahniah di atas kedatangan bulan Ramadhan itu kerana ianya merupakan hak muslim ke atas muslim. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud:

"Daripada hak seorang muslim kepada muslim yang lain ialah apabila mereka menerima kebaikan hendaklah kita mengucapkan tahniah. "

Diriwayatkan oleh Ahmad dan Nasaie daripada Abi Khurairah bahawa Rasulullah s.a.w. sentiasa menggembirakan para sahabat di atas kedatangan bulan Ramadhan, bulan yang membawa rahmat serta nikmat yang tidak terhingga kepada mereka yang berpuasa, bulan melebur dosa dan memerdekan hambanya dari azab api neraka.

Rasulullah s.a.w. menggembirakan para sahabatnya dengan sabda baginda:

Ertinya: "Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya."

Terkadang-kadang Rasulullah s.a.w. mengucapkan kepada para Sahabat ucapan yang bermaksud:

"Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan Penghulu segala bulan , maka selamat datanglah kamu kepadaNya. Maka telah datang bulan puasa membawa segala macam keberkatan. Oleh yang demikian muliakan tetamu yang datang itu dengan seberapa baik."

Daripada hadis-hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan:-

Bahawasanya bulan Ramadhan adalah bulan istimewa bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. Sewajarnyalah setiap muslim mengambil kesempatan daripada ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak ini dengan memperbanyakkan amal-amal soleh samada disiang hari atau dimalamnya. Bulan Ramadhan adalah bulan pendidikan dan latihan maka setiap orang yang menerima kedatangan bulan Ramadhan ini hendaklah membuat persiapan yang sekucupnya samada dari segi jiwa, fizikal dan spiritual.Hassan Adli B. Haji Othmanhttp://www.blogger.com/profile/13778369276351714937noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9191734763017162316.post-65045719427629804772010-08-09T16:20:00.001+08:002010-08-09T16:23:20.488+08:00KELEBIHAN BULAN RAMADHANBerikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya :

1. Dari Abi Hurairah beliau berkata : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.

2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."

Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi

3. Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya :

"Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu."

Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).

Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah."

Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi

5. Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.

Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. "

Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim.

wallahua'lamHassan Adli B. Haji Othmanhttp://www.blogger.com/profile/13778369276351714937noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9191734763017162316.post-70028727633135335662010-06-25T12:40:00.001+08:002010-06-25T12:42:23.471+08:00Ada Apa Dengan Solat Berjemaah?
Orang muda selalu bercakap mengenai cinta. Ada apa dengan cinta? Cinta digambarkan sebagai perasaan yang membangkitkan semangat, lantaran bersatunya dua jiwa. Adapun kita bukan nak berbicara panjang tentang cinta orang muda. Namun, masih lagi berkait tentang cinta. Cinta yang lahir akibat mengikut petunjuk nabawi. Kemanisan yang dapat dikecapi dengan melazimi solat berjemaah.

Lazimnya, apabila solat jemaah dilakukan, bahu si kaya dan si miskin bersentuhan, lutut anak muda bergesel dengan lutut si tua, tapak kaki orang besar bertemu rakyat biasa, justeru membangkitkan ikatan cinta persaudaraan yang penuh rahmah dan berpanjangan. Sememangnya telah didoakan oleh para malaikat atas orang yang berniat melakukan solat berjemaah dengan rahmah dari Allah. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. katanya,

''Rasulullah s.a.w. bersabda: Solat seorang lelaki dalam jamaah itu dilipat gandakan pahalanya melebihi solatnya di rumah secara bersendirian-munfarid-atau di pasarnya dengan dua puluh lima kali ganda'' (Muttafaqun 'Alaih).

Bila mana kita tinjau teori fizik, kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah yang lain yang berada di kiri dan kanan kita, akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan-sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita. Semakin segar setelah melakukan solat berjemaah adalah nikmat dan rahmat bagi yang percaya dan menyerah diri kepada Allah.

Justeru itu sahabat... Tidak pelikkah kalian dengan bilangan umat Islam yang ramai mencecah 6.5 billion, saudara Islam kita di Palestin masih dicabut maruah mereka, bumi kita Palestin dan negara-negara tinggalan empayar Islam satu ketika dahulu yang masih tidak dapat dikuasai kembali, ummat Islam yang dirampas hak mereka di Thailand, sistem Islam yang direndahkan di Turki, dan saudara Islam China yang dibunuh? Lalu tidak hairanlah masalah yang melanda ummat Islam pada hari ini sehingga tercabut kegerunan musuh Islam adalah kerana kita semakin jauh dengan unjuran nabawi - we have quantity but not quality. Sehingga akhirnya kita jauh dari rahmat, kasih sayang dan pertolongan Allah (nauzubillahiminzalik).

Oleh itu, sahabat yang dirahmati Allah sekalian, marilah kita sama-sama menghayati sekecil-kecil tuntutan nabawi ini, solat berjemaah agar Allah mengasihani kita. Di samping solat jemaah, berperananlah dengan mula memperbaiki diri dan keluarga dengan kefahaman Islam yang sahih dan murni menurut petunjuk nabawi agar kemanisan cinta sejati dapat kita kecapi!

Solat itu tiang agama,
Wajiblah kita menunaikannya,
Saat disoal di akhirat sana,
Solat itu yang utama.

Teruskan usaha mengenal pencipta,
Kemanisan iman nikmat tak terhingga,
Moga istiqamah setiap masa,
Kelak Allah beri balasannya.
Hassan Adli B. Haji Othmanhttp://www.blogger.com/profile/13778369276351714937noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-9191734763017162316.post-85106563158230896162010-05-17T13:04:00.000+08:002010-05-17T13:05:54.070+08:00'M'sia bukan masyarakat judi'Oleh : Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mei 9, 10 - 5:52pm

Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussein bahawa kerajaan pusat mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia 2010 demi mengelakkan berleluasa kegiatan judi haram adalah satu kenyataan yang memalukan dan amat menyalahi cara fikir yang lurus.

Saya ingin tegaskan hal ini berasaskan perkara berikut:

1. Dari segi Islam adalah menjadi asas bahawa 'tindakan pemerintah terikat dengan maslahah'. Maslahah dalam konteks ini adalah kepentingan atau kebaikan rakyat dan negara itu sendiri.

Ini seperti juga yang disebut oleh al-Imam al-Syafi'i r.h: “Kedudukan pemerintah di sisi rakyat bagaikan kedudukan penjaga anak yatim” (lihat: Al-Sayuti, al-Asybah wa al-Nazair).

Apakah memberikan lesen judi itu memberikan kebaikan atau mempunyai kepentingan umum rakyat? Atau ia hanya kepentingan segelintir taukeh dan kaki judi semata?

Jika ia tidak memulangkan kepentingan umum atau kebaikan kepada rakyat maka itu bukan tindakan pemerintah yang bertanggungjawab.

2. Tidak dinafikan judi dan arak memang mempunyai keuntungan dan beberapa manfaat untuk pihak-pihak tertentu.

Namun, ancaman dan bahayanya jauh lebih besar dibandingkan manfaat yang bakal diterima.

Al-Quran menyebut: (maksud) “Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat kepada manusia.

Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Surah al-Baqarah ayat 219).

Maka dengan itu, sekadar untuk digunakan cukai judi berkenaan untuk kegiatan sukan bukan satu alasan. Kerosakan judi lebih besar dari manfaat yang akan diterima.

Membiayaan untuk membaikinya nanti jauh lebih tinggi.

3. Judi sama ada 'dilesenkan' atau tidak dilesen keburukannya sentiasa dominan.

Ia menyebabkan pembaziran tanpa sebab, sikap bergantung nasib tanpa kewarasan, merosakkan keluarga, menimbulkan tabiat suka berhutang, membawa kepada kejatuhan ekonomi individu secara mengejut, ketagihan tabiat buruk tersebut yang luar biasa dan berbagai lagi keburukan yang lain.

Akal waras manusia dari semua aliran agama dan masyarakat, bahkan yang tidak beragama pun tetap menyatakan judi selalu merosakkan masyarakat.

4. Jika pun judi itu untuk masyarakat bukan Islam, saya tetap katakan masyarakat Malaysia bukan masyarakat judi.

Tiada ajaran mana-mana agama yang menggalakkan judi. Tiada siapa pun dalam mana-mana bangsa atau agama dalam negara ini sanggup untuk mendakwa 'judi adalah budaya kami', atau 'kebanggaan hidup kami'.

Jika ada, itu terkeluar dari norma kewarasan. Tiada isteri yang normal sukakan suaminya kaki judi.

Maka, jangan kaitkan atau hidupkan budaya ini secara terbuka dalam masyarakat kita. Kaki judi sentiasa dipandang negatif dalam semua masyarakat yang rasional.

5. Judi akan menggalakkan tabiat berhutang dan pergaduhan. Sama ada diberi lesen atau tidak, tetap sama.

Hutang along atau hutang bank, tetap bebanan hutang.

Jika diberi lesen terbuka, yang tertutup tetap berjalan seperti biasa. Itu bukan alasan yang munasabah.

6. Peranan pemerintah adalah mencegah keburukan, bukan menaja atau bersaing dengan penjenayah. Cadangan tersebut hanya mengubah 'tauke' sahaja dari yang berlesen kepada yang tidak berlesen.

Apakah nanti mungkin kita akan wujudkan tempat 'hisap candu berlesen' untuk mengelakkan penagih candu menghisapnya di tempat yang tidak berlesen?

Jangan fikir lesen dan cukai keuntungan sahaja, kerajaan hendaklah berfikir kesan yang akan menimpa rakyat nanti!

Maka, saya sekali lagi membantah cadangan ini dan meminta semua rakyat Malaysia yang waras dan mempunyai nilai-nilai agama dan moral membantah cadangan ini!Hassan Adli B. Haji Othmanhttp://www.blogger.com/profile/13778369276351714937noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9191734763017162316.post-89773098236773056372010-04-27T15:54:00.001+08:002010-04-27T15:55:50.263+08:00Hati Kita KerasHati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.

Abu Hurairah r.a. berkata, “Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya..Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya”.

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan

Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, “Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan.” (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, “Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku.” (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat

Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah diperlekehkan orang lain, tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.Hassan Adli B. Haji Othmanhttp://www.blogger.com/profile/13778369276351714937noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9191734763017162316.post-36176782502672251122010-04-27T15:46:00.000+08:002010-04-27T15:51:43.584+08:00Tipu Daya Syaitan Terhadap ManusiaTipu daya syaitan terhadap manusia supaya meninggalkan ibadat kepada Allah ada tujuh perkara menurut Imam Ghazali iaitu:

1. Syaitan melarang manusia taat kepada Allah. Sedangkan orang-orang yang dipelihara Allah akan menolak ajakannya dan mengatakan: 'Aku mengharapkan pahala dari Allah. Untuk itu, aku harus mempunyai bekalan di dunia ini demi akhirat yang kekal.'

2. Syaitan sentiasa memujuk manusia agar tidak mentaati Allah. Dia menghasut manusia dengan mengatakan : 'Nanti sahajalah, kalau sudah tua nanti barulah, masa masih panjang dan kita masih muda atau sebagainya lagi.' ; Orang-orang yang terpelihara akan menolaknya dengan mengatakan: 'Kematianku bukan berada ditanganmu. Jika aku menundakan amalanku hari ini untuk esok, sehingga amal hari esok perlu aku kerjakan. Sedangkan setiap hari aku mempunyai amal berlainan.'

3. Syaitan sentiasa mendorong manusia untuk bersegera dalam melakukan amalan kebaikan. Kata syaitan: 'Cepat beramal agar engkau dapat mengejar dan mengerjakan amalan-amalan lain.' ; Orang-orang yang selamat akan menolaknya dengan mengatakan: 'Amal yang sedikit tetapi sempurna lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi tidak sempurna.'

4. Syaitan akan menyuruh manusia untuk menjalankan amalan yang baik secara sempurna agar tidak dicela oleh orang lain. Mereka yang dipelihara oleh Allah akan mengatakan: 'Bagi saya, penilaian cukup hanya dari Allah swt dan tidak ada manfaatnya beramal kerana manusia (orang lain).'

5. Syaitan membisikkan pujian kepada orang yang beramal: 'Betapa tinggi darjatmu kerana dapat beramal soleh dan betapa cerdik dan sempurnanya dirimu.' ; Mendengar pujian ini, orang yang baik akan mengatakan bahawa: 'Semua keagungan dan kesempurnaan itu hanyalah kepunyaan Allah dan bukan kekuatan atau kekuasaanku. Allah yang melimpahkan taufik kepadaku untuk dapat beramal sehingga Dia meredhai dan memberikan pahala yang besar. Sekiranya tanpa kurniaanNya, apalah erti amalanku ini, jika dibandingkan dengan nikmat Allah yang telah diberikan kepadaku, disamping dosaku yang bertimbun pula.'

6. Dengan gagalnya jalan kelima, syaitan akan menerapkan cara yang keenam. Cara ini lebih berat jika dibandingkan dengan cara-cara yang terdahulu dan manusia tidak akan menyedarinya kecuali orang-orang yang cerdik dan berfikir. Syaitan berbisik dalam hati manusia: 'Bersungguh-sungguhlah engkau beramal dengan sir (kejahatan), jangan sampai diketahui oleh orang lain .' ; Begitulah syaitan mencampur-baurkan amalan seseorang dengan penipuannya yang sangat tersembunyi. Dengan ucapannya itu syaitan bermaksud untuk memasukkan sedikit perasaan riak. Orang-orang yang dipelihara Allah akan menolak ajakannya dengan mengatakan: 'Hai malaun (yang dilaknat), engkau tidak henti-henti menggodaku dan merosakkan amalanku dengan pelbagai cara. Dan kini, kau berpura-pura seolah-olah akan memperbaiki amalanku, padahal engkau bermaksud merosakkannya. Aku adalah hamba Allah dan Allah yang menjadikanku. Jika berkehendak, Allah akan menjadikan aku mulia atau hina. Semuanya itu adalah urusan Allah. Aku tidak khuatir, amalanku diperlihatkan atau tidak kepada orang lain, sebab itu bukan urusan manusia.'

7. Gagal dengan cara itu, syaitan akan meneruskan godaannya dengan cara lain lagi. Dia mengatakan: 'Hai manusia, janganlah engkau menyusahkan diri sendiri dengan beramal ibadat kerana jika Allah telah menetapkan kamu sebagai orang yang berbahagia pada hari azali kelak, maka meninggalkan ibadat pun tidak akan memberikan sebarang mudharat. Engkau tetap menjadi orang yang berbahagia dan sebaliknya jika Allah menetapkan kamu sebagai seorang yang celaka, maka tidak ada gunanya engkau beribadat kerana engkau tetap akan celaka.' ;

Orang-orang yang dipelihara oleh Allah sudah pasti akan menolak godaan itu dengan mengatakan: 'Aku hanyalah hamba Allah. Wajib bagiku menuruti perintahNya. Allah Maha Mengetahui, menetapkan sesuatu dan berbuat apa sahaja sesuai dengan kehendakNya. Walau bagaimanapun keadaanku, amalanku tetap bermanfaat. Jika aku ditetapkan sebagai orang yang berbahagia, aku akan tetap beribadat untuk memperbanyakkan pahala. Sebaliknya, jika aku ditetapkan sebagai orang yang celaka, aku akan tetap meneruskan perbuatan ibadat agar tidak menjadi sebuah penyesalan bagiku. Sekiranya aku masuk neraka, padahal aku taat, itu adalah lebih aku sukai daripada aku masuk neraka kerana melakukan maksiat.

Tetapi tidak akan demikian akibatnya kerana janji Allah pasti terbukti dan firmanNya pasti benar ; Allah telah menjanjikan pahala kepada sesiapa sahaja yang taat kepadaNya. Barangsiapa mati dalam keadaan beriman dan taat kepada Allah, dia tidak akan dimasukkan ke dalam neraka, melainkan syurgalah tempatnya. Jadi, masuknya seseorang ke dalam syurga bukan kerana kekuatan amalan yang telah didirikan, tetapi kerana janji Allah yang suci murni dan pasti! Kelak, orang-orang yang berbahagia dan beruntung akan mengatakan; Segala puji bagi Allah yang membuktikan janjiNya dengan syurga, Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kita.'

Sesungguhnya dalam mentaati Allah, terlalu banyak godaan dan tipu daya syaitan yang perlu kita lalui. Bandingkan segala permasalahan dan perbuatan kepada keadaan tersebut dan pohonlah perlindungan Allah swt agar terlindung dan terpelihara dari kejahatan syaitan. Sesungguhnya segala sesuatu itu berada di bawah kekuasaan Allah dan kepadaNyalah kita mengharapkan taufiq dan keredhaan. Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung.Hassan Adli B. Haji Othmanhttp://www.blogger.com/profile/13778369276351714937noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-9191734763017162316.post-86004375919518308152010-02-23T17:35:00.002+08:002010-02-23T17:44:14.501+08:00BARISAN DI AKHIRATSuatu ketika, Muaz bin Jabal r.a. menghadap Rasulullah S.A.W. dan bertanya kepada baginda:

“Wahai Rasulullah S.A.W., tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah S.W.T” Erti firmanNya;

“Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris” (Surah al-Naba’) Mendengar pertanyaan ini, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab;

“Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepadaku perkara yanag amat besar bahawa umatku masing-masing dengan pembawaan diri mereka sendiri.” Maka Rasulullah menyatakan setiap barisan yang sebanyak 12 barisan.

BARISAN PERTAMA

Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih;

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya. Maka demikian balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEDUA

Diiringi dari kubur dalam berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih;

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KETIGA

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.

“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEEMPAT

Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.

“Mereka adalah orang yag berdusta di dalam jual beli. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KELIMA

Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu,Allah S.W.T. menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.

“Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka kerana takut diketahui manusia,tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah S.W.T. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEENAM

Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.

“Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KETUJUH

Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir nanah dan darah.

“Mereka itu adalah orang yang enggan member kesaksian di atas kebenaran. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KELAPAN

Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.

“Mereka adalah orang yang berbuat zina. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KESEMBILAN

Diiringi dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara di dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.

"Mereka adalah orang yang memakan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KESEPULUH

Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta.

"Mereka adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KESEBELAS

Diiringi dari kubur dalam keadaan buta mata kepala,gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terlanjur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.

"Mereka adalah orang yang meminum arak. Maka inilah balsannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KEDUA BELAS

Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka datang suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan;

"Mereka adalah orang yang banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih.”
Hassan Adli B. Haji Othmanhttp://www.blogger.com/profile/13778369276351714937noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9191734763017162316.post-64432354670735685242010-02-23T16:59:00.002+08:002010-02-23T17:33:53.428+08:00Baik DiamBanyak Kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.

Nabi SAW bersabda : "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai." (Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang .

Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab : "Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia atau pangkat. Anas r.a , pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata: "Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh " Ah!" terhadapku dan belum pernah beliau menegur ,kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini? " (Riwayat Ahmad)

Ingatlah kepada sabda Nabi SAW : "Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor" (Riwayat Bukhari)

"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat Abu Naim)

Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik 'diam', usah gusar di label 'budak yang pendiam'.

Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina,

yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.

Diam orang mukmin itu ibadah,

Ibadah tanpa perbuatan,

Ibadah rasa,Ibadah ini tidak meletihkan,

Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,

Yang hatinya didalam kelalaian,

Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Kadang-kadang memikirkan dosanya,

Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,

Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,

Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,

Atau dia meniatkan, dia diam itu,

Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,

Kadang-kadang dia diam itu, kalau dia bercakap,

Takut dia melakukan kesalahan,

Seperti dia mengumpat atau,

Kalau dia bercakap,

takut-takut menyakiti hati orang,

Atau dia diam itu,

menghormati percakapan orang,

Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,

Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,

Baik atau jahat,

Dia biarkan saja orang itu bercakap,

Dan mendengar sahaja,

Kerana nak mengenal orang itu,

Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,

Ataupun kecuaian dan kelalaian,Yang telah dibuat,

supaya dia bertaubat,

Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,

Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,

Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,

"Diam-diam ubi berisi"

atau

"Diam-diam tong kosong"

atau "

diam-diam tong berisi sampah penuh kotoran ?"

HIKMAH BERDIAM DIRI

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh karena itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik,

karena kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari

orang bodoh yang banyak bicara.

HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)

Menasihati orang yang bersalah , tidak salah.

Yang salah memikirkan kesalahan orang.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat berbicara kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.Hassan Adli B. Haji Othmanhttp://www.blogger.com/profile/13778369276351714937noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9191734763017162316.post-57542204317892915292010-01-22T18:34:00.002+08:002010-01-22T18:39:14.567+08:00Mengapa Ibadah Sembahyang Tidak Membangunkan InsanPeringkat-peringkat sembahyang, nilaikan dimana tahap sembahyang kita. Dalam era membaiki diri ini, kita cuba check sembahyang kita, nanti akan terjawab kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.

Golongan 1.
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan 2.
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang sahaja. Tidak mempelajari cara-cara untuk solat secara rasmi atau tidak. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3.
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4.
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5.
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.

Golongan 7.
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8.
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )

Golongan 9.
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsuk ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.Insya Allah...

Marilah kita berMUHASABAH
Dimanakah solat kita?Adakah solat yang kita lakukan itu telah menunjukkan kesannya dalam gerakan kita/penglibatan kita/tanggungjawab kita sebagai seorang ahli jemaah?Moga kita bersama harapkan solat kita itu benar-benar menjadi tiang agama.Adakah segalanya yang kita lakukan kelmarin...hari ini dan esok hasil kesan solat kita? Oleh itu bersama-samalah kita saling mengingati antara satu sama lain...Hassan Adli B. Haji Othmanhttp://www.blogger.com/profile/13778369276351714937noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9191734763017162316.post-19080363946940628182009-12-09T13:08:00.002+08:002009-12-09T15:25:33.695+08:00"Aku bergurau je la..."Hidup kita memang selalu dipenuhi dengan gurau senda dengan orang di sekeliling, biasanya kawan-kawan. Mana ada orang yang bergurau dengan dirinya sendiri, betul tak? Maknanya, bila kita bergurau senda, secara tak langsung ia akan melibatkan perasaan orang lain yang mendengar gurauan kita.

Biasanya, orang bergurau untuk menceriakan suasana. Takkan nak buat muka serius sepanjang masa. Macam kebanyakan orang mengatakan, “Hidup mesti ceria”.

Tapi, mari kita teliti, apa yang selalu ada dalam sesebuah gurauan? Lawak yang direka-reka, cerita yang dibuat-buat, perli memerli dan kata mengata antara satu sama lain. Itu antara yang biasa saya temui. Jarang sekali orang bergurau tapi dalam masa yang sama dia tak menipu. Tak sah kalau bergurau, dia tak mengata-ngata (secara bergurau) kat orang lain.

Kebanyakan kita menganggap gurauan adalah perkara biasa. Ada juga yang menyangka menipu dibolehkan ketika bergurau sebab tak membahayakan orang di sekeliling kita. Saya juga pernah menganggap begitu kerana merasakan apa yang kita guraukan hanya mainan semata-mata, bukan betul-betul, dan bukan niat untuk betul-betul berbohong.

Betulkah persepsi macam ni?

Banyak Ketawa Mematikan Hati

Pernahkah anda lihat orang yang ketawa terbahak-bahak, sampai katanya nak pecah perut dan sampai tak cukup udara nak bernafas? Apa yang kita fikir? Pastinya orang tu baru saja lihat atau dengar satu jenaka atau gurauan yang sangat menggelikan hati. Betul tak?

Kita akan ketawa apabila ada sesuatu yang menggeletek hati. Ya, itu memang sesuatu yang normal. Tapi, hakikatnya, di situlah akan timbulnya masalah. Gurauan yang melampau-lampau akan menyebabkan kita banyak ketawa.

Dalam Kitab Ihya’ Ulumiddin karangan Imam Ghazali, beliau menyenaraikan senda gurau sebagai salah satu unsur bahaya yang dibawa oleh lidah. Kata beliau,

“Asalnya senda gurau itu tercela dan terlarang, kecuali sekadar sedikit yang dapat dikecualikan daripadanya.” [1]

Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W.: Maksudnya: “Jangan engkau berbantahan dan bergurau dengan saudaramu!”

Kita dibolehkan bergurau senda tetapi jangan berlebih-lebihan. Kenapa? Kerana ia akan mengundang banyak ketawa. Dan banyak ketawa akan mematikan hati. Dan mungkin akan menjatuhkan maruah diri. Kata Imam Ghazali,

“Adapun berlebih-lebihan pada bergurau, maka akan mempusakai banyak tertawa. Dan banyak tertawa itu mematikan hati dan mewarisi kedengkian pada sesetengah keadaan. Dan menjatuhkan kehebatan diri dan kemuliaan. Dan apa yang terlepas dari hal-hal tersebut, maka tidak tercela,” sebagaimana diriwayatkan dari Nabi S.A.W. bahawa baginda bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.” [2]

Kita biasa dengar,

“Isy dia ni. Ketawa sampai tak ingat dunia!”

Hakikatnya begitulah keadaan orang yang ketawa berlebih-lebihan. Larut dalam dunia ketawanya. Sampai lupa dan tak sedar apa yang berlaku di sekelilingnya. Dan lebih parah lagi, ketawanya itu juga menunjukkan kelalaian dari mengingati akhirat.

Nabi S.A.W. bersabda:

Maksudnya: “Jikalau kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya pasti kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” [3]

Nilai Gurauan vs Nilai Persaudaraan

Ketawa memang seronok. Tapi menjadi bahan ketawa sangat menyakitkan hati. Hakikatnya, itulah yang selalu ada dalam sesebuah gurauan - mentertawakan orang lain. Kita mungkin sekadar main-main, kata orang menyakat. Tapi, siapa tahu apa yang dirasai ‘watak utama’ kisah gurauan tersebut? Mungkin tak kisah, mungkin marah, mungkin kecil hati dan mungkin terus tak bertegur sapa.

Gurauan yang dianggap sekadar main-main boleh menjadi bibit kepada pergaduhan, pertengkaran, tak bertegur sapa dan permusuhan yang berpanjangan antara sesama Muslim. Begitu murahkah nilai persaudaraan dalam Islam sehingga kita sanggup menggadaikannya dengan kata-kata gurauan dan mainan yang langsung tiada nilai di sisi Allah?

Rasulullah S.A.W. sendiri telah memberi amaran dalam sabda baginda:

“Sesungguhnya orang yang berkata-kata dengan suatu perkataan untuk mentertawakan teman-teman duduknya, akan jatuh dalam api neraka, lebih jauh dari bintang surayya.”

Jujur dalam Berjenaka dan Gurau Senda

Sedarkah kita, ketika bergurau senda dengan rakan-rakan, kita mungkin dah berbohong? Berbohong bukan maksud saya betul-betul bercakap bohong. Tapi, hanya sekadar cakap main-main; atau kata orang sekadar mengacah saja.

Soalnya, betul ke kita tak boleh menipu walaupun dengan hanya niat untuk bergurau? Nama pun gurauan, jadi kita bukan berniat untuk betul-betul menipu, hanya sekadar main-main dan tak memudharatkan sesiapa. Dan biasanya, last sekali, kita mesti akan cakap,

“Aku main-main je la…”

“Aku tipu engkau je tadi. Saja nak tengok macam mana reaksi engkau.”

Kalau diikutkan logik akal pendek kita, mungkin pandangan tu nampak macam betul. Tapi, mari kita teliti sabda Rasulullah S.A.W. :

“Hendaklah kamu jujur. Sesungguhnya kejujuran menunjuk kepada kebaikan. Dan kebaikan menunjuk kepada syurga. Seorang lelaki terus jujur dan mencari kejujuran sehinggalah dia dicatatkan di sisi Allah sebagai seorang yang sangat jujur. Berwaspadalah terhadap dusta. Sesungguhnya dusta menunjuk kepada kejahatan. Dan kejahatan menunjuk kepada neraka. Seorang lelaki terus berdusta dan mencari pendustaan sehingga dia dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang sangat berdusta. [4]

“Celakalah orang yang memperkatakan sesuatu agar orang lain ketawa, lalu dia berdusta. Celakalah untuknya. Celakalah untuknya.” [5]

Apa pun tujuan kita, pendustaan sesekali tidak dibenarkan walaupun hanya untuk bergurau dan berjenaka. Islam mengharuskan gurau senda, keceriaan dan hiburan jiwa, tetapi tidak menjadikannya sebagai pembuka jalan kepada kita untuk berdusta. Jadi, kalau nak bergurau, pastikan gurauan kita tak ada unsur-unsur penipuan dan pendustaan.

Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.:

Maksudnya: “Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.” [6]

Macam mana cara yang betul untuk bergurau? Mari kita susuri sirah Nabi Muhammad S.A.W., bagaimana cara baginda bergurau senda dengan orang-orang di sekeliling baginda.

Suatu hari, seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W., meminta tunggangan daripada baginda kerana hendak pulang ke negerinya. Apabila Nabi mendengar permintaan lelaki itu, baginda bersabda:

“Sesungguhnya aku akan menunggangkanmu di atas anak unta.”

Padahal, pada waktu itu Nabi berkata demikian hanya dengan tujuan untuk bergurau. Apabila lelaki itu mendengar kata-kata Nabi, dia merasa susah hati kerana memikirkan bagaimana anak unta yang kecil dan lemah boleh ditunggang untuk perjalanan yang jauh. Lalu, lelaki itu berkata,

“Apa yang boleh aku buat dengan seekor anak unta? Kalau kamu berikan pada aku, tentulah menjadi beban dan hanya menambahkan kesusahan saja, sebab ia masih kecil dan tidak boleh ditunggang.” Maka Rasulullah S.A.W. berkata, “Adakah yang melahirkan unta itu selain daripada unta betina? Maka itulah yang mahu aku berikan kepadamu iaitu unta besar yang asalnya dilahirkan oleh ibunya.” [7]

Lihat bagaimana cara Rasulullah S.A.W. menjaga adab-adab dalam bergurau senda. Baginda tidak sesekali menipu orang yang diajak bergurau, sebaliknya cara baginda ada ‘seninya’ yang tersendiri. Apa yang saya perhatikan dalam kisah di atas dan beberapa kisah lain, Rasulullah menggunakan kaedah “double meaning” dalam gurauan baginda, iaitu satu kalimah tetapi mempunyai ataupun boleh difahami dalam dua maksud dan keadaan yang berbeza. Jadi, cara sebegitu akan mengelakkan kita daripada berbohong ketika bergurau.

Sayyidina Umar r.a. pernah berkata:

“Tahukah kamu mengapa dinamakan gurau senda (al-muzaah) dengan kata-kata al-muzaah?” (maksud asal al-muzaah: alih). Mereka itu menjawab: “Tidak!” Maka Umar r.a. menjawab: “Kerana senda gurau (al-muzaah) itu, mengalihkan orang yang bergurau daripada kebenaran.”

Jadi, berwaspadalah kita dalam setiap gurauan dan kata-kata kita. Setiap apa yang dituturkan oleh kita akan dipertanggungjawabkan ke atas diri kita di akhirat kelak. Gurau senda mampu menghiburkan jiwa dan boleh mengeratkan hubungan sesama Muslim, tapi andai tidak kena caranya, gurau senda boleh melontarkan kita ke dalam azab neraka. Na'uzubillahi min dzalik.

~Wallahu a'lam~

Nota kaki:
[1] Ihya' Ulumiddin, Imam Ghazali, Jilid 4, Bab Bahaya Lidah.
[2] Riwayat Ibnu Abid-Dun-ya dari Abu Hurairah.
[3] Riwayat Bukhari dan Muslim dari Anas dan 'Aisyah r.a.
[4] Riwayat Bukhari dan Muslim.
[5] Riwayat at-Tirmizi.
[6] Riwayat Ibnu Abid-Dun-ya dari Abu Hurairah.
[7] Riwayat Abu daud dan at-Tirmizi dari Anas, Hadis shahih.Hassan Adli B. Haji Othmanhttp://www.blogger.com/profile/13778369276351714937noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9191734763017162316.post-9779109628646402232009-11-20T17:23:00.003+08:002009-11-20T17:34:40.090+08:00WUDHUK ZAHIR DAN BATINSeorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuksolatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama HatimAl-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caran yatuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? "

Hatim berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air".

Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya ' )
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan":

1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ' Siratalmustaqim ' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnyayang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Untuk munafaat kita bersama, Tolonglah sampaikan artikel ini kepada sahabat-sahabat.

Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmud demi kebaikan, InsyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya. Wa Salam UkhwahHassan Adli B. Haji Othmanhttp://www.blogger.com/profile/13778369276351714937noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-9191734763017162316.post-85550896098552210812009-11-16T17:57:00.001+08:002009-11-16T18:00:28.999+08:00Hadiah Terbaik dan TerburukSeorang wanita yang dermawan telah menghadiahkan seekor kambing kepada Loqman al-Hakim dan berpesan;

"Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan."

Setelah kambing itu disembelih, Loqman mengirimkan kepada wanita tersebut hati dan lidah kambing itu. Beberapa hari kemudian, wanita itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing dan berpesan agar dikirimkan sebahagian daripada kambing tersebut kepadanya.

Namun pada kali yang kedua ini, bukan lagi bahagian terburuk yang diminta oleh wanita itu, tetapi dia meminta bahagian yang terbaik daripada kambing itu untuk dikirimkan kepadanya. Setelah kambing itu disembelih, Loqman tetap mengirim hati dan lidah juga kepada wanita itu.

"Mengapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk? dan mengapakah lidah dan hati juga dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya?" Tanya wanita tersebut kepada Loqman.

Loqman menjawab;

"Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya." Mendengar jawapan itu, mengertilah wanita itu akan maksud Loqman. Hati dan lidah itu adalah pokok segala kebaikan dan begitu juga sebaliknya. Dari hati dan lidah juga akan terbit segala kejahatan dan keburukan.

Sumber: fauzynm.e-belia.netP/S:Berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati." (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)Hassan Adli B. Haji Othmanhttp://www.blogger.com/profile/13778369276351714937noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9191734763017162316.post-53581148578976179072009-11-04T16:10:00.001+08:002009-11-04T16:25:06.883+08:00Sahabat dari GhifarAbu Dzar al-Ghifari merupakan seorang sahabat Nabi SAW yang terkenal dengan perbendaharaan ilmu pengetahuannya dan kesholehannya.

Ali RA berkata mengenai Abu Dzar RA: "Abu Dzar ialah penyimpan jenis-jenis ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperoleh dari orang lain."

Ketika dia mulai mendengar khabar tentang kerasulan Nabi SAW, Abu Dzar telah mengutus saudara lelakinya menyelidiki lebih lanjut mengenai orang yang mengaku menerima berita dari langit.

Setelah puas menyelidiki, saudaranya pun melaporkan kepada Abu Dzar bahwa Nabi Muhammad SAW itu seorang yang sopan santun dan baik budi pekertinya. Ayat-ayat yang dibacakan kepada manusia bukannya puisi dan bukan pula kata-kata ahli syair.

Laporan yang disampaikan itu masih belum memuaskan hati Abu Dzar. Dia sendiri keluar untuk mencari kenyataan.

Setibanya di Makkah, dia terus ke Baitul Haram. Pada waktu itu dia tidak kenal Nabi SAW, dan melihat keadaan pada waktu itu dia merasa takut hendak bertanya mengenai Nabi SAW.

Ketika menjelang malam, dia dilihat oleh Ali RA. Oleh karena ia seorang musafir, Ali terpaksa membawa Abu Dzar ke rumahnya dan melayani Abu Dzar sebaik-baiknya sebagai tamu. Ali tidak bertanya apapun dan Abu Dzar tidak pula memberitahu Ali tentang maksud kedatangannya ke Makkah.

Pada keesokkan harinya, Abu Dzar pergi sekali lagi ke Baitul Haram untuk mengetahui siapa dia Muhammad. Sekali lagi Abu Dzar gagal menemui Nabi karena pada waktu itu orang-orang Islam sedang diganggu hebat oleh orang-orang kafir musyrikin.

Pada malam yang keduanya, Ali membawa Abu Dzar ke rumahnya. Pada malam itu Ali bertanya: "Saudara, apakah sebabnya saudara datang ke kota ini?" Sebelum menjawab Abu Dzar meminta Ali berjanji untuk berkata benar.

Kemudian dia pun bertanya kepada Ali tentang Nabi SAW. Ali berkata: "Sesungguhnya dialah pesuruh Allah. Esok engkau ikut aku dan aku akan membawamu menemuinya. Tetapi awas, bencana yang buruk akan menimpa kamu kalau hubungan kita diketahui orang. Ketika berjalan esok, kalau aku dapati bahaya mengancam kita, aku akan berpisah agak jauh sedikit dari kamu dan berpura-pura membetulkan sepatuku. Tetapi engkau terus berjalan supaya orang tidak curiga hubungan kita."

Pada keesokkan harinya, Ali pun membawa Abu Dzar bertemu dengan Nabi SAW. Tanpa banyak tanya jawab, dia telah memeluk agama Islam. Karena takut dia diapa-apakan oleh musuh, Nabi SAW menasihatkan supaya cepat-cepat balik dan jangan mengabarkan keislamannya di khalayak ramai.

Tetapi Abu Dzar menjawab dengan berani: "Ya Rasullulah, aku bersumpah dengan nama Allah yang jiwaku di dalam tanganNya, bahwa aku akan mengucap dua kalimah syahadah di hadapan kafir-kafir musyrikin itu."

Janjinya kepada Rasulullah SAW ditepatinya. Selepas ia meninggalkan baginda, dia mengarah langkah kakinya ke Baitul Haram di hadapan kaum musyrikin dan dengan suara lantang dia mengucapkan dua kalimah syahadah. "Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahwa Muhammad itu pesuruh Allah."

Tatkala mendengar ucapan Abu Dzar itu, orang-orang kafir pun menyerbunya lalu memukulnya. Kalau tidak kerana Abbas, paman Nabi yang ketika itu belum Islam, tentulah Abu Dzar menemui ajalnya di situ.

Kata Abbas kepada orang-orang kafir musyrikin yang menyerang Abu Dzar: "Tahukah kamu siapa orang ini? Dia adalah turunan Al Ghifar. Khafilah-khafilah kita yang pulang pergi ke Syam terpaksa melalui perkampungan mereka. Kalaulah ia dibunuh, sudah tentu mereka menghalangi perniagaan kita dengan Syam."

Pada hari berikutnya, Abu Dzar sekali lagi mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan orang-orang kafir Quraisy dan pada kali ini juga ia telah diselamatkan oleh Abbas. Kegairahan Abu Dzar mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan kafir Quraisy sungguh-sungguh luar biasa jika dikaji dalam konteks larangan Nabi SAW kepadanya.

Apakah dia sanggup dituduh telah mengingkari perintah Nabi? Jawapannya tidak. Dia tahu bahwa Nabi SAW sedang mengalami penderitaan yang berbentuk gangguan dalam usahanya ke arah menyebarkan agama Islam. Dia hanya hendak menunjukkan Nabi SAW walaupun ia mengetahui, dengan berbuat demikian dia melibatkan dirinya dalam bahaya.

Semangat keislamannya yang beginilah yang telah menjadikan para sahabat mencapai puncak keimanan dalam alam lahiriyah serta batiniyah. Keberanian Abu Dzar ini selayaknya menjadi contoh kepada umat Islam dewasa ini dalam rangka usaha mereka menjalankan dakwah Islamiyah.

Kekejaman, penganiyaan serta penindasan tidak semestinya mampu melemahkan semangat mereka yang telah mengucapkan dua kalimah syahadah. Hassan Adli B. Haji Othmanhttp://www.blogger.com/profile/13778369276351714937noreply@blogger.com0